Pages

Monday 26 December 2016

Cara Tingkatkan Keyakinan supaya anda meletopp seperti NEELOFA

Siapa yang tak kenal Neelofa. Seorang artis, pengacara dan usahawan yang berjaya yang mana boleh digelar sebagai 'beauty with brain'. 

Neelofa artis terkenal Malaysia

Anda pasti selalu lihat Neelofa di kaca televisyen dengan pelbagai fesyen baju dan tudung dan pastinya anda tertarik dengan apa yang dipakainya. 

Dengan lakonan dari drama bersiri yang sangat terkenal menjadi percakapan orang ramai iaitu Suri hati Mr. Pilot digandingan bersama Fattah Amin, membuatkan Neelofa bertambah terkenal dan disukai ramai. 

Cuba lihat diri anda sekarang.

Apa beza anda dengan Neelofa? 

Mungkin banyak perbezaan antara anda dan Neelofa dalam fikiran anda. 

Percaya tak kalau Nia cakap, anda dengan Neelofa tiada beza langsung? 



Keyakinan yang tinggi mampu membentuk kejayaan anda


Perbezaan antara anda dan Neelofa adalah tiada. Neelofa makan nasi, anda pun makan nasi, Sama sahaja tetapi apa yang membuatkan Neelofa berjaya adalah keyakinan diri. 

Jika anda mempunyai keyakinan diri tidak mustahil untuk anda capai lebih dari orang sekeliling anda. 

Keyakinan ini ada pada setiap orang sama ada terserlah atau tersorok. 

Tahukah anda mereka yang selalu rendah keyakinan adalah mereka yang berada dikategori yang tidak berjaya. 

Adakah anda ingin tidak berjaya dalam hidup anda? 

tingkatkan keyakinan diri anda

Jika tak nak, maka ubahlah sekarang. tingkatkan keyakinan anda. 

Faktor yang mempengaruhi keyakinan diri


Nia pernah melalui fasa di mana Nia langsung tiada keyakinan diri. Nia lebih terdorong untuk mengurungkan diri di rumah atau bilik, tidak mahu bergaul dan lebih suka sendirian. Setahun lebih Nia berada dalam keadaan yang rendah keyakinan diri. Kawan-kawan berusaha membantu Nia untuk kembali kepada sedia kala. Namun tiada apa yang berubah. Waktu ini Nia memang tak capai satu pun apa yang Nia inginkan. Satu kejayaan langsung tak diperolehi malah Nia lebih memilih untuk tidak mempedulikan semua itu. Teruk kan apa yang Nia lalui akibat kurang keyakinan. 

Nia cuba baiki diri sendiri dan bina keyakinan semula. Walaupun Nia tidak lagi seperti Nia yang dulu, jadi diri Nia yang baru malah lebih baik bukan sesuatu yang buruk. 

Nia akan senaraikan faktor-faktor yang merupakan penyebab hilangnya keyakinan diri 

Saiz badan


Jika anda seorang yang bertubuh kecil pasti runsing apabila anda tiba-tiba bertubuh gempal. Inilah yang berlaku pada Nia. Meskipun tak ramai yang perasan, namun kawan-kawan dan kenalan nampak perubahan ini. Bayangkan dari berat anda dalam lingkungan 42kg - 45 kg mencapai berat hampir 60 kg. perubahan yang sangat mendadak dalam masa satu tahun.

Bila saiz badan mula berubah, baju yang biasa dipakai oleh anda pasti tidak akan muat. akhir sekali membuatkan anda merasa tiada baju yang sesuai untuk anda pakai. Justeru, keyakinan diri anda berkurangan kerana merasakan anda tidak lagi mampu bergaya seperti dahulu. 

Penyelesaian adalah anda cuba untuk mengurangkan saiz badan anda dan pilih saiz badan yang anda yakin dan sesuai dengan BMI anda. 

Sila kira BMI anda untuk mengetahui anda berada pada tahap yang mana

Selepas kira BMI anda, sila lihat anda berada pada tahap mana.

Mengetahui BMI anda memudahkan untuk anda memilih plan diet yang sesuai. Pastikan anda merujuk kepada pakar dahulu dan mendapat nasihat daripada mereka. Anda juga boleh berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan nasihat dan cara yang bersesuaian. 

Nia juga sedang menguruskan badan dengan mengambil plan diet secara sihat. Iaitu Nia melakukan senaman dengan konsisten dan mengikut tahap kecergasan Nia dan menjaga pemakanan Nia.

Selain itu, makanan tambahan membantu untuk anda mengurangkan berat badan dan mendapat berat yang ideal. Pengambilan protein, Omega-3, pelawas (bagi proses detox) dan teh ( tingkatkan metabolism) sangat membantu mempercepatkan kehilangan lemak yang tidak diperlukan.

Set Kurus yang Nia cadangkan bagi mereka yang betul-betul inginkan dan berazam untuk kurus
  • Cinch Shake (Vanilla, Chocolate, Lattee) untuk protein bagi menjaga kesihatan otot semasa proses kuruskan badan, 

  • Omega Guard sebagai sumber Omega-3 bagi menyingkirkan lemak jahat dan mengekalkan lemak baik dalam badan,

  • Herb-Lax sebagai pelawas membuang segala toksin dalam badan dan bertindak sebagai pelawas bagi mereka yang sukar membuang.

  • Tea Mix sebagai teh yang meningkatkan metabolism badan dan mempercepatkan pembakaran lemak

Kesihatan kulit wajah


Wajah merupakan anggota yang pertama yang akan dilihat oleh seseorang. Jika wajah anda mempunyai terlalu banyak kekurangan pasti akan hilang keyakinan anda untuk berdepan dengan orang sekeliling. 

Wajah adalah salah satu faktor yang besar pada keyakinan diri seseorag

Pandangan pertama orang terhadap diri anda adalah tersangat penting. Jika mereka selesa untuk bergaul dengan kita pada pandangan pertama maka mereka akan selesa bergaul dengan kita untuk masa yang lama. 

Tetapi dengan kesihatan kulit wajah yang berjerawat, berparut dan pelbagai kerosakkan akibat persekitaran dan pencemaran pasti memburukkan lagi keyakinan diri anda. 

Jerawt dan parut jerawat yang berkawah membuatkan anda berasa malu

Apa yang anda boleh lakukan adalah mencari penyelesaian terhadap apa yang dihadapi oleh kesihatan kulit wajah. Sebenarnya, untuk masalah jerawat parut dan kulit tidak sekata pada kulit boleh diatasi dengang mudah.

Beberapa perkara yand anda perlu lakukan ialah memilih produk penjagaan wajah dengan betul. Pastikan pilihan anda tu adalah produk penjagaan wajah yang tidak mempunyai terlampau banyak bahan kimia yang berbahaya. Tumpukan pada pemilihan produk penjagaan wajah yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi. Pastikan tiada sebarang paraben yang digunakan.

Set lengkap NutriWhite yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan BEBAS PARABEN

Nia telah senaraikan 2 FAKTOR UTAMA kehilangan keyakinan pada diri anda. Jika kita lihat faktor ini ada jalan penyelesaiannya. Ia cuma bergantung pada diri anda mahu berubah untuk menjadi yang lebih baik atau selesa pada tempat selesa anda sekarang.

Keyakinan adalah perhiasan terbaik yang pernah anda pakai

Untuk bina keyakinan diri semula bukan lah senang, ia seperti anda memaksa diri anda untuk melakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan. Tetapi ia tidak mustahil, Jika anda berusaha pasti anda berjaya.

Kunci kejayaan yang terbesar adalah PERCAYA PADA DIRI SENDIRI. Bagaimana anda hendak percaya pada diri sendiri jika anda tidak yakin pada diri anda. Untuk percaya pada diri, anda haruslah bermula dengan yakin pada diri anda. Tingkatkan keyakinan anda supaya anda lebih berjaya lebih bahagia. In shaa Allah.


Sharing is Caring
By Nia Nadia