Pages

Tuesday, 13 December 2016

Penelitian Mengenai Sumber Protein Part 1



Setiap hidangan yang diambil setiap hari harus mengandungi sumber protin seperti ayam, ikan dan daging. Namun sumber protin bukan sahaja boleh diperolehi dari ayam, ikan, daging malah pelbagai jenis tumbuhan dan makanan yang membekalkan protin.

google.com
 
Tahukah anda bahawa protin merupakan ‘basic building block’ untuk organ, hormon dan enzim dalam badan kita. Tanpa protin yang secukupnya, badan kita tidak mampu untuk berfungsi dengan baik. 

 
google.com

Protin datangnya daripada sejumlah bilangan amino asid. Amino asid terbahagi kepada dua iaitu asid amino perlu (essential amino acid) dan asid amino tidak perlu (non essential amino acid). Asid amino perlu adalah asid amino yang diperolehi melalui pemakanan kita. Terdapat Sembilan asid amino perlu yang penting iaitu Leucine, Isoleucine, Caline, Histidine, Methionine, Lysine, Phenylalaine, Threonine and Tryptophan. Asid amino tidak perlu adalah asid amino yang dihasilkan sendiri oleh badan. 

google.com 


Protin boleh didapati daripada pemakanan sama ada dari sumber haiwan ataupun tumbuhan (sayuran dan kekacang). Protin yang dari sumber haiwan mempunyai paras lemak dan kolesterol yang tinggi. Manakala, protin tumbuhan mempunyai paras lemak dan kolesterol yang rendah. Dengan mengamalkan protin berasaskan tumbuhan, peluang tinggi untuk mengelak daripada mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. 

google.com


 Di kalangan tumbuhan, kacang soya membekalkan kesemua Sembilan asid amino perlu yang perlu diambil oleh setiap orang setiap hari. Selain itu, kacang soay juga merupakan sumber penting untuk vitamin B dan mineral yang sangat baik untuk kesihatan. Tidak mustahil kacang soya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang protin berasaskan haiwan tidak dapat berikan. 

google.com

Tetapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh mengambil sebarang protin berasaskan haiwan. Boleh tapi kita perlu menjaga pengambilan kita. Sebagai contoh selalu mengambil daging putih (ayam) daripada daging merah (daging). Pengambilan ikan juga sangat bagus kerana ikan mempunyai protin rendah lemak dan kaya dengan OMEGA -3. 

Sekian, 
Sharing From Nia Nadia