Pages

Monday 26 December 2016

Cara Tingkatkan Keyakinan supaya anda meletopp seperti NEELOFA

Siapa yang tak kenal Neelofa. Seorang artis, pengacara dan usahawan yang berjaya yang mana boleh digelar sebagai 'beauty with brain'. 

Neelofa artis terkenal Malaysia

Anda pasti selalu lihat Neelofa di kaca televisyen dengan pelbagai fesyen baju dan tudung dan pastinya anda tertarik dengan apa yang dipakainya. 

Dengan lakonan dari drama bersiri yang sangat terkenal menjadi percakapan orang ramai iaitu Suri hati Mr. Pilot digandingan bersama Fattah Amin, membuatkan Neelofa bertambah terkenal dan disukai ramai. 

Cuba lihat diri anda sekarang.

Apa beza anda dengan Neelofa? 

Mungkin banyak perbezaan antara anda dan Neelofa dalam fikiran anda. 

Percaya tak kalau Nia cakap, anda dengan Neelofa tiada beza langsung? 

Friday 23 December 2016

Tips Membuatkan lelaki mudah terpikat: 3 cara serlahkan 'natural beauty' anda

Natural beauty adalah kecantikkan semulajadi yang setiap orang miliki. 

Namun tak semua yang menyerlahkan 'natural beauty' mereka. 

bagi anda, kenapa sesetengah orang tidak menyerlahkan 'natural beauty' mereka?

Hal ini berlaku kerana mereka tidak melakukan kesemua 3 perkara ini. 

Serlahkan 'natural beauty' anda


Serlahkan kecantikkan semulajadi anda

 Natural beauty bukan sahaja tertumpu pada wajah bahkan menyeluruh. Natural beauty anda mungkin bukan pada wajah tetapi pada personaliti atau mungkin juga pada perkara lain.


Setiap orang memiliki 'natural beauty' masing-masing. Sebab itu wujud prasa kata ini, "CANTIK ITU SUBJEKTIF"

Ini membawa maksud, setiap orang mempunyai kecantikkan tersendiri dan tidak berfokuskan kepada satu aspek terutamanya wajah. 

Mungkin kebanyakkan perempuan berfikir bahawa lelaki lebih suka akan wanita yang memiliki rupa paras yang cantik sehingga merasa diri anda yang tidak berapa cantik sebagai penyebab untuk anda merasa diri anda tidak 'laku'. Namun, bukan semua lelaki begitu. ada yang suka pada perempuan yang baik hati, ada yang suka pada perempuan yang sopan, ada suka pada perempuan yang lasak dan pelbagai lagi. 

Jadi, serlahkan lah 'natural beauty' anda dengan 5 cara ini

Berkeyakinan


Keyakinana adalah sangat penting yang perlu ada dalam diri setiap orang. Dengan keyakinan juga, anda dapat menyerlahkan 'natural beauty' anda. Personaliti dan identiti diri anda akan jelas kelihatan. Anda juga akan mempunyai kenalan dan sahabat yang ramai. Jadi, tak mustahil jika anda berjumpa dengan jejaka pilihan.

Tingkatkan keyakinan diri anda untuk jadi lebih menarik

Jika anda kurang keyakinan, pasti anda akan memilih untuk menyembunyikan diri dan mengelak dari segala perkara. Hal ini, akan membuatkan orang lain tidak sedar akan kehadiran anda malah tidak thu kewujudan anda. 

Perit kan?

Oleh itu, tingkatkan keyakinan diri anda dengan cara yang baik bukan cara yang riak ye. Seperti terlalu yakin diri sehingga membuatkan orang sekeliling tidak suka akan anda.

Jadi diri sendiri

 

Jadi diri sendiri bermaksud menjadi diri kita yang sedia ada tanpa mengubah apa-apa hanya dengan alasan seperti hipokrit. 

Satu contoh bagi mereka yang tidak menjadi diri sendiri. 

Mendaki gunung/bukit adalah satu aktiviti yang lasak dan amat disukai ramai

Anda seorang yang suka akan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau gunung, tetapi rakan-rakan dan kenalan anda (lelaki) suka kepada perempuan yang lebih sifat kepermpuanan seperti suka memasak. Anda pun mengubah diri anda menjadi sesorang yang suka memasak sedangkan anda lebih gemar akan aktiviti lasak.

Situasi di atas ini, akan membuatkan 'natural beauty' anda tidak menyerlah. Malah anda bertambah derita kerana terpaksa berpura-pura untuk mendapat perhatian lelaki. 

Tidak perlu ye jadi seperti itu, Jadi diri sendiri adalah perkara yang paling betul dan paling mudah membuat lelaki tertarik pada anda 

Jadilah diri sendiri kerana itu yang terbaik

Berhias


Berhias tidak bermaksud sampai mengaburi 'natural beauty' anda. Tetapi lebih kepada kekemasan diri. Jika anda seorang perempuan pasti anda teringin memakai mekap di wajah, memakai pakaian yang cantik. Pakailah segala apa yang anda inginkan selagi menutup aurat ( bagi yang muslim ) dan menjaga maruah anda supaya tidak nampak murah dengan apa yang anda pakai. 

Berhias supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang

Nak bermekap terpulang pada anda. Tapi pada Nia lebih baik mekap ala kadar. Just show your 'bare face'. Kerana lelaki lebih tertarik pada mereka yang tidak bermekap sangat ini. Kebanyakkan lelaki yang Nia kenal, mereka tidak suka perempuan yang terlalu tebal mekap. 
  
3 cara ini iaitu keyakinan, jadi diri sendiri dan berhias adalah cara basic yang perlu anda lakukan untuk memikat lelaki. mudah bukan? 

be confident, be yourself and dress nicely

"Make it easy and you'll enjoy the process. i wish you all good luck. Let your natural beauty shine bright okay"

Thursday 15 December 2016

Penting! Bagi Siapa yang Suka SOYA

 SOYA ini BAIK atau TIDAK?

 

Anda peminat makanan berasaskan soya? Anda perlu ketahui info-info penting ini agar kegemaran anda tidak menjadi sebab anda terkena penyakit.

google.com


Kita sering kali mendengar mengenai kesan buruk daripada pengambilan produk berasaskan soya salah satunya adalah soya penyebab kanser. 

Pasti anda takut untuk mengambil makanan berasaskan soya kerana terlalu banyak dengar kesan buruk akibat mengamalkan produk makanan berasaskan soya. 


google.com

Sebenarnya soya merupakan salah satu makanan berasaskan tumbuhan yang mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Lagipun, sejak turun temurun dari zaman nenek moyang kita lagi, mereka makan makanan yang berasaskan soya namun mereka tidak mendapat sebarang kesan buruk malah lebih sihat dan bertenaga dan hidup lama. 

google.com

Soya memang sudah terbukti mempunyai khasiat yang tinggi salah satu darinya adalah mengandungi kesemuan 9 amino asid perlu yang perlu diambil oleh manusia setiap hari melalui pemakanan. Hal ini telah membuatkan orang ramai sedar bahawa tinggi khasiat soya jika nak dibandingkan khabar angin. Kesedaran ini membuatkan makanan tambahan berasaskan soya banyak dihasilkan dan dijual di pasaran. Namun ada sesetengah perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memutuskan untuk mengambil makanan tambahan berasaskan soya. 


Apa yang perlu diketahui sebelum memilih produk berasaskan soya

Pastikan sumber kacang soya adalah daripada sumber bukan genetically modified organism (NON-GMO) 


Penting untuk memastikan dari sumber mana kacang soya diambil untuk penghasilan makanan tambahan tersebut. Genetically modified organism (GMO) adalah satu proses yang mana untuk menaiktarafkan sesuatu makanan untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Namun, sering kali proses ini menghasilkan sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan sehingga memudaratkan lagi seperti penyebab kanser dan sebagainya. Kacang soya adalah salah satu makanan yang telah melalui proses GMO. GMO kacang soya banyak sangat di pasaran pastikan korang peka dengan semua ini. Pilih kacang soya dan apa-apa produk yang lain yang NON GMO.


Semasa proses penghasilan protin kacang soya, pastikan bahawa air digunakan selain daripada alcohol bagi mengekalkan manfaat isoflavone dalam kandungan kacang soya.


Kebiasaanya, banyak yang meggunakan alcohol bagi membersihkan kacang soya tersebut. Penggunaan alcohol memusnhkan isoflavone dalam kacang soya. Hal ini telah mengurangkan manfaat yang baik dalam kacang soya. Isoflavone sangat penting untuk menjaga kesihatan yang baik.


Protin kacang soya itu ditambah dengan kalsium


Kacang soya mempunyai sifat keasidan. Dengan penambahan kalsium didalam protin kacang soya, keasidan dapat dineutralkan kerana kalsium bersifat alkali.  


Pastikan makanan tambahan berasaskan soya menepati kriteria di atas baru and mengamalkannya. Jika anda mengambil ringan mengenai kriteria yang Nia senaraikan tadi mungkin apa yang khabar angin buruk akan berlaku pada anda.

Sharing is Caring
By Nia Nadia aka Nadia Majid

Tuesday 13 December 2016

Penelitian Mengenai Sumber Protein Part 1



Setiap hidangan yang diambil setiap hari harus mengandungi sumber protin seperti ayam, ikan dan daging. Namun sumber protin bukan sahaja boleh diperolehi dari ayam, ikan, daging malah pelbagai jenis tumbuhan dan makanan yang membekalkan protin.

google.com
 
Tahukah anda bahawa protin merupakan ‘basic building block’ untuk organ, hormon dan enzim dalam badan kita. Tanpa protin yang secukupnya, badan kita tidak mampu untuk berfungsi dengan baik. 

 
google.com

Protin datangnya daripada sejumlah bilangan amino asid. Amino asid terbahagi kepada dua iaitu asid amino perlu (essential amino acid) dan asid amino tidak perlu (non essential amino acid). Asid amino perlu adalah asid amino yang diperolehi melalui pemakanan kita. Terdapat Sembilan asid amino perlu yang penting iaitu Leucine, Isoleucine, Caline, Histidine, Methionine, Lysine, Phenylalaine, Threonine and Tryptophan. Asid amino tidak perlu adalah asid amino yang dihasilkan sendiri oleh badan. 

google.com 


Protin boleh didapati daripada pemakanan sama ada dari sumber haiwan ataupun tumbuhan (sayuran dan kekacang). Protin yang dari sumber haiwan mempunyai paras lemak dan kolesterol yang tinggi. Manakala, protin tumbuhan mempunyai paras lemak dan kolesterol yang rendah. Dengan mengamalkan protin berasaskan tumbuhan, peluang tinggi untuk mengelak daripada mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. 

google.com


 Di kalangan tumbuhan, kacang soya membekalkan kesemua Sembilan asid amino perlu yang perlu diambil oleh setiap orang setiap hari. Selain itu, kacang soay juga merupakan sumber penting untuk vitamin B dan mineral yang sangat baik untuk kesihatan. Tidak mustahil kacang soya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang protin berasaskan haiwan tidak dapat berikan. 

google.com

Tetapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh mengambil sebarang protin berasaskan haiwan. Boleh tapi kita perlu menjaga pengambilan kita. Sebagai contoh selalu mengambil daging putih (ayam) daripada daging merah (daging). Pengambilan ikan juga sangat bagus kerana ikan mempunyai protin rendah lemak dan kaya dengan OMEGA -3. 

Sekian, 
Sharing From Nia Nadia