Pages

Wednesday 10 August 2016

Perlu pilih dengan BETUL kalau tidak nahas!!!



Cara memilih produk penjagaan wajah yang betul


Setiap orang inginkan kulit yang sihat gebu lembab terutama pada kulit muka. Pelbagai jenis dan jenama produk penjagaan wajah yang ada di pasaran. Boleh pilih sama ada ingin produk keluaran tempatan mahupun luar Negara. Tetapi bagaimana hendak membuat pilihan tepat dalam memilih produk penjagaan wajah? Sebelum itu, cik na akan senaraikan kesan yang terjadi pada wajah anda jika tersalah memilih produk penjagaan wajah

  • Kulit mengelupas
  • Kulit kering
  • Kulit berjerawat batu
  • Kulit bernanah
  • Kulit kemerah-merahan

Situasi seperti diatas akan dihadapi oleh anda jika tersalah memilih produk penjagaan wajah. Wajah merupakan suatu eset yang penting bagi wanita dan juga lelaki. Oleh hal yang demikian, ia perlu dijaga dengan baik sekali.

Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan

1-      Mengkaji dahulu jenis wajah anda


Kenali jenis kulit anda sama ada kering, berminyak ataupun kombinasi. Kenali jenis kulit adalah langkah yang paling utama sekali. Jika anda kulit jenis kombinasi tetapi anda memilih produk kulit kering maka kulit akan menjadi kering. 

2-      Mengetahui keperluan kulit anda


Periksa apa yang kulit anda bermasalah, jika kulit anda jenis berminyak maka wajah anda mudah untuk menghadapi jerawat, namun jerawat pun ada beberapa jenis. Oleh itu penting untuk ketahui apa keperluan wajah anda.

3-      Menkaji dahulu produk yang diingini


Selepas mengetahui apa jenis kulit anda pasti sudah jumpa produk yang bersesuaian. Namun, pelbagai jenis dan jenama yang anda perlu teliti. Jika produk tempatan tidak bermaksud tidak bagus dan jika produk luar Negara tidak bermaksud. Pertama sekali anda perlu lihat kesan buruk apabila menggunakan produk tersebut. Bukan apa produk bukan tidak elok tetapi apabila anda teliti dahulu apa penyebab kegagalan mendapat wajah yang sihat dengan produk tersebut. Oleh itu anda akan tahu yang mana elok dan yang mana tak elok.



Harus diingatkan bahawa setiap pemilihan produk penjagaan adalah risiko anda sendiri. Tidak semestinya jika ia elok untuk rakan anda harus elok untuk anda. BERHATI-HATI dalam memilih produk penjagaan wajah. Dan INGAT dan TAHU apa risiko yang anda akan dapat sama ada positif atau negative


Jika anda bertanya pada cik na apa produk yang dicadang kan, cik na Cuma menggunakan nutriwhite. Nutriwhite adalah produk yang agak terkenal. Dan ramai yang telah memberi testimoni yang berpuas hati selepas memilih produk ini.Jika anda mempunyai kulit kering /berminyak. Enfuselle adalah pilihan yang terbaik yang memang khusus untuk jenis kulit itu. Tetapi jika anda masih ingin mencuba nutriwhite apa salahnya. Cik na akan bagi tahu bagaimana cara pemakaian bai kulit kering dan kulit berminyak.