Pages

Monday 22 August 2016

Penuaan dan Struktur Kulit Bahagian 1



Kenali penuaan dari struktur kulit 


Penuaan adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh wanita yang menjaga penampilan. Namun penuaan tidak dapat dihindari tetapi dapat dilewatkan. Oleh itu, kita perlu mengetahui secara detail bagaimana penuaan ini berlaku.

Mari kita kenali struktur kulit kita untuk pencegahan awal melambatkan proses penuaan


Struktur kulit


Kulit terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan yang paling luar dikenali sebagai epidermis, lapisan tengah dikenali sebagai dermis dan lapisan dalam. Setiap lapisan mengandungi organ yang berbeza dan fungsi yang berbeza.
Mari kita kenali setiap satu lapisan kulit dengan lebih detail

 Sumber: google

Epidermis.

Epidermis adalah lapisan luar kulit yang mana lebih nipis berbanding lapisan lain. Lapisan inilah yang berada dipermukaan kulit. Di lapisan ini terdapat sel kulit, pigment dan protein.

Dermis

Lapisan dermis adalah lapisan tengah yang mana adalah lapisan yang paling tebal berbanding dengan lapisan yang lain. Di lapisan ni terdapat saluran darah, sel ‘nerve’, folikal rambut dan ‘oil gland’. Lapisan dermis ini membekalkan nutrient bagi keperluan epidermis.

Lapisan dalam

Lapisan ini adalah yang paling dalam yang mana mengandungi ‘sweat gland’, saluran darah dan lemak.


 Sumber: google


Lapisan-lapisan di atas dihubungkan oleh ‘connective tissue’ dengan ‘collagen fiber’. Fungsi collagen fiber adalah untuk menyokong struktur kulit kita. dan elastic fiber adalah berfungsi untuk menyokong anjalan dan kekuatan struktur kulit.


Tahukah anda bahawa kalogen dan protein adalah sangat penting bagi struktur kulit yang utuh.


Bersambung . . . . . .