Pages

Wednesday 2 March 2016

Jom jadi 25 tahun lagi muda, Part 2

Assalamualaikum semua,

Kali ni cik na nak sambung part 2, part 1 korang dah baca belum? kalau belom boleh klik di sini. Dalam part 1, cik na ada terangkan apa itu antioksidan dan resveratrol kan. kali ni cik na akan lebih fokus kepada resveratrol.

Seperti yang cik na kongsikan sebelum ni, yang resveratrol biasa terdapat di dalam kandungan red wine. Tetapi bagi orang Islam adalah haram untuk mengambil wine/arak atau minuman yang memabukkan. Bagaimana kita orang Islam yang ingin mendapatkan kebaikan dan khasiat resveratrol tanpa perlu mengambil minuman haram?

Persoalan itu akan terjawab di sini.


10 kali lebih banyak Resveratrol

Manfaat resveratrol cik na dah kongsikan sedikit di part 1. Kalau nak lebih lagi, boleh la buka journal yang cik na bagi tu. Resveratrol yang cik na beritahu sebelum ni mempunyai pelbagai khasiat dah manfaat untuk kesihatan manusia.

Disebabkan resveratrol ni banyak sangat manfaat. pelbagai produk kesihatan telah dihasilkan berasaskan resveratrol. Namun, di antara kesemua produk yang berada di pasaran, ada satu produk yang sememangnya King lah dalam resveratrol produk iaitu mengandungi 10 kali ganda resveratrol. Apakah produk tersebut?

Jeng Jeng Jeng....


Dengan pengambilan Vivix, kita boleh mendapat khasiat resveratrol dengan banyak. yela kan 10 kali ganda tu. Okay. Sekarang kita dah tahu vivix adalah King di kalangan produk resveratrol. Nak tahu tak apa kandungan utama untuk vivix ni yang menjadikan dia King of the king?

Kandungan Utama tinggi resveratrol

Apa yang membuatkan vivix yang terbaik? Semestinya kerana bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkannya. Tahu tak, kandungan pentingnya hanya 4 jenis sahaja. Yang mana telah dikaji diuji diselidik dan dibuat kajian yang mana mempunyai kandungan yang terbaik sahaja digunakan. Okay. Cik na terus ke point ye korang.

Korang pernah kenal tak mucadine grape, european elderberry, polygonum cuspidatum and purple carrot? Sebelum ni cik na pun tak tahu kewujudan kesemuan bahan tu, hahahaha, sebab tak kenal vivix lagi masa tu. So memang tak tahu. Tapi lepas kenal vivix tahu dia 10 kali ganda resveratrol  terus search bahan-bahan utama dia, tenguk khasiat bahan tu. tak percaya lagi cik na tenguk journal cari journal. Banyak kot. Cuma kita je tak tahu maybe sebab tiada pendedahan atau kita sendiri malas ambil tahu.

Okay lah, cik na perkenalkan dekat korang ea kesemua bahan-bahan tu, macam mana rupa dia, dari mana dan apa khasiat bahan-bahan tu.

Mucadine Grape ( Anggur Mucadine)


Gambar di atas merupakan anggur mucadine.Besar tau anggur ni. Kat Malaysia tak tahu ada ke tak. Rasa macam iklim Malaysia tak sesuai untuk anggur ni. Secara ringkas jela ea cik na terang pasal anggur mucadine ni. In shaa Allah. di lain entry cik na akan cerita dengan lebih terperinci. Karang panjang sangat kang mengantuk pulak baca, heee.

Anggur mucadine ini lain daripada anggur-anggur yang biasa ada tu. Secara fizikal kita lihat saiz anggur ini pun berbeza. Anggur-anggur biasa yang kita tahu membiak di tempat yang sejuk. Manakala nggur mucadine ini membiak di tempat yang extreme dan tumbuh secara liar. So, no baja kimia or what so ever k. anggur ini mempunyai polifenol yang banyak dan juga resveratrol. Pernah dengar tak pasal asid ellagik? Asid ini mampu memberhentikan penyebab kancer. Anggur mucadine ada asid ellagik tau yang anggur lain tak ada.

Menarik tak? Cik na dengar-dengar anggur ni mahal tau. Dapat agak tak berapa mahalnya anggur ni yang mempunyai pelbagai khasiat ni? Semestinya bahan yang berkualiti mesti lah mahal. Tetapi VIVIX mampu beli tau. Dah la ada resveratrol 10 kali, ada anggur mucadine sebagai bahan utama lagi. Perhhh. terbaik lah!.

Okay, cik na dah terangkan untuk satu bahan utama vivix lagi 3 bahan yang super duperr hebat dan tinggi khasiat tu cik na kongsikan dekat Part 3 ea. Banyak pulak part kan, bukan apa, cik na yang kongsikan manfaat vivix ni untuk kelihatan muda dengan lengkap complete dan padat.