Pages

Saturday 27 February 2016

Stress meragut keremajaan anda

Assalamualaikum semua,

Lama cik na tak berceloteh di sini kan. tak pe.rasanya lepas ni setiap hari kot cik na berceloteh. So, korang boleh lah datang blok cik na hari-hari. hehehehe. In shaa Allah. Pelbagai perkongsian cik na akan kongsikan. nak-nak tentang kecantikan haaa. Jangan ketinggalan tau.

Hari ini cik na nak kongsi pasal stress atau dalam bahasa melayu kita panggil tekanan. Siapa sini yang tak pernah langsung menghadapi masalah tekanan? Hurmmmm, cik na rasa macam kalau ada pun 1/100 kalau ada lah. Tekanan ini seawal usia 13 tahun or lagi bawah kita dah boleh ada tekanan. Betul ke?

Bagi pendapat cik na, cik na rasa betul. Sebab murid-murid sekarang dibebankan dengan pendidikan yang mencabar. Cik na dulu pun selalu stress tapi macam okay je lagi. Apabila umur kita semakin meningkat dewasa. Cabaran hidup sangat meningkatkan stress. Iyelah kan, cik na baru je nak melangkah ke alam pekerjaan. Baru okay, bukan dah. Tu pun duk stress cari kerja macam tak ada. Majoriti nak yang berpengalaman. Cik na yang freshly graduate ni tak ada peluang lah. macam mana nak dapat pengalaman kalau tak diberi peluang. betul kan? tapi takpe rezeki Allah yang pegang. yang penting kena berusaha kan

Okay kita sambung ke tajuk kita iaitu "stress meragut keremajaan anda". Cik na akan kongsikan macam mana nak mengelakkan stress dan kalau dah stress macam mana nak mengekalkan keremajaan kita. 




Stress dan Keremajaan kulit

Adakah korang tahu yang stress/ tekanan ini dapat memberi kesan buruk terhadap kulit kita. Jika seseorang itu betul-betul mementingkan kesihatan kulit, mereka pasti tahu betapa teruknya kesan stress ini.


Bila kita berada dalam keadaan tertekan/stress, apa yang kita selalu lakukan? Kebiasaannya dari pengalaman cik na dan pemerhatian cik na, apabila kita tertekan, badan kita akan berada di dalam keadaan yang tersangat letih. Perasaan letih itu berpunca daripada rasa yang kita tak tahan dah nak menghadapi semua ini tetapi nak lari jauh mana pun semua itu perlu di lalui untuk ke peringkat yang seterusnya. So, dari situ badan kita terasa terpaksa atau dipaksa untuk melalui sesuatu yang kita rasa kita dah tak mampu.

Bila kita terlampau fokus kepada stress dan perasaan letih tu, kulit kita pun akan memberi tindak balas yang sama. Seperti kulit kelihatan tidak sihat, suram, tidak dijaga dengan sempurna. Masalah ini akan berlarutan jika kita tidak mendapat tidur yang mencukupi, permakanan yang tidak seimbang dan pelbagai masalah lagi lah. Oleh itu, tertekan/ stress ini dapat meragut keremajaan seseorang.

Menangani stress dengan pemakanan dan keremajaan kulit dengan hanya satu sudu sehari.

 

Masalah tertekan/ stress ini adalah masalah biasa dan kritikal untuk masyarakat sekarang. Bagi menjaga kesihatan kita, tekanan / stress ini perlu dikawal tau. Kalau tak ini akan membawa kepada penyakit yang kronik. Nampak macam remeh je tapi memberi kesan yang sangat negatif.

Macam mana nak mengawal stress

Bila cakap pasal stress ini, mesti ramai terfikir cara menangai dengan pergi bercuti, melakukan senaman, yoga dan pelbagai lagi aktiviti yang kita boleh lakukan. Tapi kalau kita tidak mempunyai masa untuk semua itu, apa yang patut kita buat.?

Pengawalan stress ini boleh dikawal dengan pengambilan vitamin yang sesuai. Korang tahu tak B-Complex dapat membantu seseorang mengawal dan keupayaan seseorang menangani stress. Stress ini memang tidak mampu kita hilangkan atau buang macam tu je. so alternatif yang ada adalah dengan mengawalnya.

B-Complex memang terbukti berkesan untuk membantu seseorang menangani stress. Cik na pun makan B-complex tau. Harga dia murah dan sangat membantu lah untuk student macam cik na ni. Kalau B-Complex tak ada ni, tak tahu la macam mana cik na nak menghadapi semua ini.

Penjagaan keremajaan kulit

Kebanyakkan wanita suka sangat nampak muda dari usia. Betul tak? hehehehe. cik na pun macam tu jugak tau. Suka sangat kalau orang kata cik na nampak macam budak-budak sekolah. hahahah. nampak sangat tak matang. Untuk kesihatan kulit cik na mengamalkan pemakanan Vitamin C. Vitamin C yang cik na ambil bukan sebarangan vitamin c tau. Seharusnya yang terbaik daripada yang terbaik dan semestinya harganya yang sangat murah dan berbaloi. ( hanya rm15 je sebulan tau)

Kalau nak lagi cepat kesan, nak lagi cepat tegang, nak lagi cepat muda. Boleh ambil vivix. Vivix ini diuji secara klinikal dapat membuatkan seseorang tu kelihatan 25 tahun lagi muda tau. Memang best lah. Rugi siapa yang nak nampak muda tapi cuba sesuatu yang lambat kesan. hehehe

Itu saja lah perkongsian cik na mengenai stress kepada keremajaan kulit. Jika salah silap mohon ditegur. Ini hanya lah sekadar perkongsian dari apa yang cik na tahu. semoga apa yang dikongsikan mendapat manfaat untuk semua yang membaca.

terima kasih yang tak terhingga kepada yang membaca blog saya ini. Jika korang datang, baca sampai habis tau. pahtu komen. Bila korang komen baru ah cik na boleh melawat blog korang pulak. lama dah tak buat blog walking ini.

1 comment:

  1. Playtech casinos in New Jersey - JTA Hub
    JTB Forum - Member Profile 경상북도 출장마사지 > Activity Page. User: Playtech casinos in New Jersey. User: Playtech casinos 강원도 출장안마 in New Jersey. User: Playtech casinos in New Jersey. 경주 출장샵 User: Playtech casinos in 공주 출장마사지 New Jersey. 이천 출장마사지 User:

    ReplyDelete

Apa pandangan korang? kongsilah.. sharing is caring tau