Pages

Sunday 28 February 2016

Jom jadi 25 tahun lagi muda, Part 1

Assalamualaikum semua,

Cik na nak kongsi pasal rahsia keremajaan lah. Korang minat tak nampak muda dari usia sebenar? Sebenarnya kan ramai je cari pelbagai petua cara untuk kelihatan muda dan jadi muda. Lelaki dan wanita semua sama keinginan untuk kelihatan muda ni.

Ingin muda atau jadi muda adalah dua perkara yang berbeza. Ingin muda merujuk kepada perasaan seseorang untuk kelihatan muda dari segala segi seperti cara permakaian, cara berkomunikasi, citarasa dalam makanan dan pelbagai lagi. Manakala jadi muda adalah sesuatu yang menjadikan seseorang itu kelihatan muda walaupun umur sudah pertengahan. Jadi muda tidak mengubah semua hanya untuk kelihatan muda tetapi cara mereka pemikiran mereka gaya hidup mereka yang menjadikan mereka muda. korang dapat tak maksud yang cik na terangkan ini? harap korang dapat lah ea.

Aspek yang penting untuk jadi muda dan kelihatan muda adalah keadaan kulit kita. Kadang-kadang seseorang itu mempunyai kulit yang licin dan lembut je walaupun dah berumur. Keadaan kulit kita penting tau. Bila sentuh mengenai kesihatan kulit, keanjalan kulit, keremajaan kulit kita akan terus terpikir mengenai antioksidan. Betul tak?

Seperti sedia maklum, antioksidan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keanjalan kulit dan keremajaan kulit. Oleh itu, pelbagai produk yang berasaskan antioksidan berada di pasaran. Selain antioksidan, collagen jugak mempunyai peranan yang penting. Tapi kali ni cik na tak nak kongsi pasal kolagen tetapi pasal antioksidan.

Apa yang cik na kongsikan ini mengenai antioksidan yang terbaik punya. Yang dipilih daripada bahan semulajadi yang tinggi antioksidan seperti sayur dan buah. Dan terbukti tau, yang terbaik di antara terbaik dekat dunia ni. Haaaa.



 Antioksidan yang terbaik



Antioksidan merupakan sesuatu yang melambatkan proses oksidasi berlaku. Ciri-ciri antioksidan boleh didapati dalam vitamin C dan beta carotene. Korang pernah tak dengar pasal resveratrol? Kalau tak pernah korang kena baca ni sampai habis. Apa kaitan resveratrol dengan antioksidan?

Resveratrol


Resveratrol adalah sesuatu komponen yang terdapat di dalam tumbuhan-tumbuhan dan mempunyai ciri-ciri antioksidan yang terbaik. Banyak kajian dan penemuaan khasiat resveratrol ini seperti membantu kita mengawal stress, membantu melambatkan anti penuaan. Kalau korang nak tahu, nak bukti kukuh. boleh cari dekat google journal-journal yang telah diterbitkan berkaitan resveratrol ni. Cik na sertakan beberapa journal yang cik na baca. Kalau korang nak tahu lebih boleh lah baca journal ni.

antidepressant:
Li, T., Liu, H., Wang, X., Xie, Y., Bai, X., Wu, L., ... & Liu, D. (2016). Resveratrol exerts antidepressant properties in the chronic unpredictable mild stress model through the regulation of oxidative stress and mTOR pathway in the rat hippocampus and prefrontal cortex. Behavioural Brain Research.
 
antioxidant: 
Gülçin, İ. (2010). Antioxidant properties of resveratrol: a structure–activity insight. Innovative Food Science & Emerging Technologies, 11(1), 210-218.
 
Banyak lagi tau manfaat resveratrol ni. kalau korang rajin, cari je resveratrol. Memang dah banyak kajian mengenai ini. Manfaat dia sangat banyak untuk manusia sejagat dari segi kesihatan. Tahukah korang yang resveratrol kebiasaannya terdapat di dalam red wine. tetapi kita sebagai orang Islam, wine/ arak yang seangkatan dengan adalah haram untuk di minum. Bagaimana kita boleh mendapat manfaat resveratrol tanpa perlu mengambil sesuatu yang haram? 
 
 

Nantikan sambungan part 2

kali ni cik na terpaksa buat beberapa part sebab terlalu banyak cik na nak kongsikan. Cik na harap apa yang cik kongsikan dapat memberi manfaat kepada kesihatan korang semua sekeluarga.