Pages

Friday 22 January 2016

Nak cantik tapi pemalas nak MAMPUS

Assalamualaikum semua

hehehehe, bertemu lagi bersama cik na. Yeay!!!! tajuk kali ni special untuk korang yang memang malas tapi nak cantik (macam cik na la) pemalas yang terlampau. Kalau rajin pun kan, sekejab je, paling lama bertahan sehari. tsk tsk tsk tsk, kritikal dah cik na ni kan. korang ada macam cik na tak?

Jangan tau jadi macam cik na ni. Kita nak cantik kena rajin buat masker, bersenam, jaga pemakanan. Banyak segi yang perlu dititiberatkan.

Disebabkan cik na ni berapa rajin dan pemalas la jugak. huhuhu. So cik na nak kongsi dengan korang macam mana cik na jaga badan supaya sentiasa slim.

Rahsia Terbokar bagi Pemalas yang Nak Cantik

Kecantikan Sebenar Wanita Melayu

Assalamualaikum semua,

Sudah lama cik na tidak berceloteh di sini. hehehe. Cik na mengalami sedikit masalah peribadi. Sekarang, alhamdulillah cik na dah kembali kepada biasa selepas beberapa ketika. Cik na nak kongsi dengan korang semua tapi entry nanti ye cik na kongsi. Heart to heart gitu.

Korang minat tak lagu Jamalabdillah gadis melayu tak silap cik na la tajuk dia.

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati
Tiada memikat
Kalau lah sungguh tak mungkin aku tertarik
kalau lah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

yang tu jela lirik yang cik na ingat. hehehe. Gadis melayu ini ada kecantikkan tersendiri tau. tak perlu pun kelihatan macam barbie doll ke macam korea ke jadilah gadis melayu yang tulen.

Kecantikkan Sebenar Wanita Melayu

 

Kita ambil perseptif dari bangsa kita jela ea, Melayu. Kecantikkan adalah subjektif, Itu semua orang tahu. Jom kita selidik satu-satu kecantikan sebenar wanita melayu

Manis

 

Manis sesuatu yang semua orang suka. Wanita melayu mempunyai kemanisan dari keayuan wajah. Walaupun tak berkulit cerah, namun kemanisan wajah tu terserlah. Manis apa wanita melayu ini, senyuman dia perhhhh kencing manis bangsa lain tenguk tau.

Lemah Lembut dan sopan santun

 

Lemah lembut sopan santun memang ciri-ciri utama perempuan melayu, tu yang cantik cun melecun tu. hehehehe. Memang adat kita dan adab kita yang mengajar wanita melayu menjadi seorang wanita yang lemah lembut.

Sopan santun dan berbudi bahasa memang terbaik. Ingat ye, kecantikkan bukan hanya dari paras rupa tetapi dari sikap dan tatsusila. Itulah kecantikkan sebenar wanita melayu. Namun gadis melayu sekarang masih lagi sopan santun ke? yang tu menjadi persoalan. sebab itu wujud nya perkataan "Perempuan Melayu terakhir" sedangkan melayu belum lagi berakhir. Oleh itu, wanita dan gadis melayu pelihara lah kecantikkan wanita melayu yang sememangnya ada dalam diri anda semua.



Okay, setakat ini saja kot cik na nak mengomel. hehehe. Ayuh, wanita melayu semua, tak perlu nak putih, kurus kering sampai tak makan semua. Kita semua cantik hanya yang terpilih saja yang akan nampak kecantikkan diri kita semua.


Salam sayang dari Cik Na
Nadia Majid