Pages

Tuesday 19 May 2015

ISTERI berterima kasih kepada suami memperkenalkan dia kepada MADUnya

Assalamualaikum semua,

Madu.... oooo. madu... Adalah perkara yang paling ALERGIKKKKK sekali perempuan yang bergelar isteri mendengar nya. Hanya yang TERPILIH dan KUAT sahaja yang mampu. Sesungguhnya cik na takut sangat nak melayari alam rumah tangga disebabkan ini lah. Cik na tak sanggup nak berkongsi kasih sebab itu wanita yang sanggup bermadu mendapat payung emas di sana nanti. Sungguh besar pengorbanan mereka. Orang perempuan je paham.

Ok, stop sedih-sedih ye. benda belum teNtu akan jadi tapi dah fikir bukan-bukan. apa lah cik na ni. Bersangka baik dengan Allah. in shaa Allah semua pasti akan menjadi baik.

Kembali kepada tajuk. ada ke agaknya yang ISTERI suka SUAMI bawa balik MADU. mestilah ada uolllllsssssss

Madu pilihan Hati isteri

 
 
Madu apa ye? hehehehehe. rasa nya korang pun semua boleh agak dah kan. Semestinya Madu lebah. Tahukan yang madu ini adalah mampu menyembuhkan penyakit. Malah Rasulullah S.A.W selalu minum air yang bercampur dengan air. 
 
Madu lebah asli
 

Banyak sebenarnya kalau cik na nak citer satu-satu pasal khasiat lebah ni. Cik na ada satu buku bakal perubatan moden dan perubatan islam. Dalam uku tu ada yang menarik minat cik na nak share dengan uollll semua. Pasal madu lebah ini untuk kecantikan.

Madu lebah Mengawal Radikal Bebas


Salah satu manfaat madu lebah adalah dapat mengawal radikal bebas. Kita sekarang ini memang senang nak dapat radikal bebas dengan keadaan sekeliling dan cara hidup kita yang tidak sihat. So, ambil lah madu untuk mengawal nya .

 

Radikal Bebas


Siapa tahu radikal bebas tu macam mana? Rasa nya ada yang dah tahu dan ade pernah dengar tapi tak tahu pun pasal tu kan.

"The free radical theory of aging (FRTA) states that organisms age because cells accumulate free radical damage over time A free radical is any atom or molecule that has a single unpaired electron in an outer shell.[2] While a few free radicals such as melanin are not chemically reactive, most biologically-relevant free radicals are highly reactive.[3] For most biological structures, free radical damage is closely associated with oxidative damage. Antioxidants are reducing agents, and limit oxidative damage to biological structures by passivating them from free radicals.[4]"

source: http://en.wikipedia.org/wiki/Free-radical_theory_of_aging


Tahu x pasal electron? electron tu ada negative charge. Bila nak stabilkan electron tu kena ada 2 baru dia akan duduk diam. Kalau satu je electron ada, dia akan cari lah apa-apa saja untuk bagi dia ada dua electron. Bila dia ambil electron dari sumber lain, macam-macam yang kemungkinan akan terjadi tau. Tetapi ade jugak Dr cik na cakap, ada sesetengah radikal bebas baik untuk badan kita dan ada jugak tidak baik. kalau badan kita terus tak ada langsung radikal bebas pun masalah kita. Apa yang cik na rasa dan paham lah. Kita ini tidak boleh terlampau dan tidak boleh terkurang cuma bersederhana saja. 


Madu Asli yang kaya dengan antioksidan


Menurut kajian yang telah dibuat, kesemua madu lebah mempunyai antioksidan. Perasan tak, ade bermacam jenis warna madu lebah. Tahap kandungan antioksidan dalam madu lebah bergantung kepada warna madu tersebut. Semakin pekat warna madu lebah tersebut semakin tinggi lah antioksidan yang terkandung. 

Antara antioksidan yang terdapat dalam madu lebah ialah flavanoid. Antioksidan ini berfungsi memperbaiki sel-se badan yag rosak. Bila kita ambil antioksidan pada kadar yang mencukupi kita tidak akan takut dengan proses radikal bebas. 

So, kesimpulannya, Para suami nakisteri cantik? bawak lah balik madu yang gelap warna nya dan lebih baik madu asli. Untuk kecantikan isteri anda.  Para suami juga yang untung isteri cantik betul tak? Kalau untuk kebaikan suami isteri, boleh lah minum madu bersama air seperti mana Rasulullah S.A.W.

Sharing is caring,
Cik Na in The House,