Pages

Sunday 26 April 2015

Drama Melayu vs Drama Korea

Assalamualaikum semua,

Nak tahu tak? hehehe. Cik na baru je lepas habis tenguk citer hyde, jekyll and me. Yang hyun bin berlakon tu. Personally, cik na suka cerita tu. tapi tak ada lah over sangat suka tu. Bila diingat balik, cik na jarang tenguk drama melayu tetapi lebih banyak tenguk dan tahu perkembangan drama korea.

Kebanyakkan remaja sekarang suka kepada drama korea berbanding drama melayu. Maybe ada yang suka tetapi ada yang tak suka. Macam cik na kan, cik na tak suka sangat drama melayu. bukan tak suka langsung. Ada yang suka dan ada yang tidak.

Perbezaan drama korea dan drama melayu


Jalan cerita

Cik na ceritakan sikit mengenai beberapa drama yang cik na suka tenguk. Bagaimana jalan cerita dari awal sampai akhir

Drama Korea

Jalan cerita yang simple dan mudah dipaham. Jalan cerita lebih kepada kehidupan yang bukan biasa seperti kita. Sejujurnya cik na cakap, bila tenguk cerita korea dan jalan cerita dia, lebih membuka mata cik na mengenai pelbagai cara hidup dan masalah yang memang jarang kita tahu dan kadang-kadang kita tak tahu pun.


Drama Melayu

Jalan cerita yang banyak diambil dari novel. kalau cik na dah baca novel tu mesti tak best nak tenguk dah. Kadang-kadang mengambil banyak episod. Ada jugak yang jalan cerita dari novel yang cik na tak baca. so cik na tak payah lah beli novel tu nak baca. Just tonton je drama melayu. Terlalu berkonsep cinta. Cik na ni tak minat sangat cinta-cinta terlajak. Geli i. hehehehe. tapi sesetengah orang suka kan romantik-romantik ni cintan cintan ni. Ikut citarasa masing-masing

Intipati

Apa beza intipati dan jalan cerita? hmmmmm. jab cik na pikir jab.
Intipati adalah apa yang terkandung dalam sesuatu tu. manakala jalan cerita adalah kisah secara general. betul ke tidak ek? tak pe lah bantai saja lah. hehehehe

Drama Korea

Drama korea ni cik suka yang memberi pengetahuan kepada cik na. Macam cerita emergency couple tu. Walaupun cik na ni bukan lah seorang doktor dan memang takkan jadi pun. tak sanggup aih, cik na dapat tahu serba sedikit mengenai cara mereka bekerja dan beberapa penyakit yang kita memang tak tahu. Macam jacob diseases kot. yang berbahaya sebab boleh berjangkit. tak ingat dah nama dia. Kalau kita orang kebanyakkan tahu ke apa tu, maybe ada yang tahu. tapi cik na tak tahu pun.

Drama Melayu

Bila cik na balik rumah, trend cerita melayu sekarang more kepada cinta. Cinta seorang laki yang sabar dan perempuan nak mengada dan cinta seorang perempuan baik dan lelaki ego. Lebih kurang sama je plot setiap satu. ( cik na minta maaf sangat-sangat atas apa yang cik na akan tulis lepas ini. Ini hanya pendapat cik na shaja, bila kita seorang yang matang dan profesional, kita akan menerima apa pandangan orang lain dengan terbuka dan memperbaiki ke aras yang lebih baik ) Cerita drama melayu banyak menceritakan tentang kehidupan suami isteri. Ada yang kena paksa kahwin atau pun memang dah family rancangkan. Tetapi ade satu plot dalam banyak-banyak cerita ada yang membuat kan mereka berkahwin kerana tangkap basah atau belaku sumbang atau seangkatan dengannya. Kalau orang yang dah berakal dah matang. perkara itu kita paham tapi apakah kesan kepada remaja-remaja yang baru nak kenal dunia atau pun kepada kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa? Adakah mereka memikirkan perkara itu adalah perkara normal yang macam dalam tb tu. nanti dapat kahwin awal dan dapat sweet macam dalam tb tu. yang ni kita tak nak.



Cik na bukan nak memburukkan ke apa ke. Cuma ni lah kita kena perbaiki. Kalau seorang menghabiskan masa lebih kurang 1 jam depan tb untuk menonton drama untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan, apa kata kita masukkan input yang berguna. tak ada lah kita membazir masa. dalam masa tenguk tb pun kita still lagi boleh menimba ilmu. Tak ada lah orang kata membuang masa menonton tb kan.

* ini adalah pandangan cik na sahaja. tidak memburukkan atau memuji sesiapa. Tb adalah media massa yang sangat-sangat meluas digunakan di bandar dan juga kawasan luar bandar. Apa yang ditayang dalam tb satu Malaysia tahu, satu Malaysia cakap dan cerita pasal apa yang ditayangkan dalam tb. Sebab itu, sebar lah ilmu pengetahuan am yang tinggi sikit ( macam advance sikit dari pengetahuan normal yang orang tahu) supaya masyarakat kita lebih berilmu dan tinggi ilmunya. Baru lah GAH rasa dan BANGGA jadi rakyak Malaysia yang berilmu tinggi ni

peace no war :)