Pages

Sunday 26 April 2015

Protein dan Fungsinya

Assalamualaikum semua,

Bersempena hari ahad yang indah diterangi dengan sinar suria yang memancar ( ayat sekolah. lama tak menulis karangan bahasa melayu ) cik na nak cakap pasal protein. Tahu tak protein. Ala protein tu. yang ada dalam makanan kita tu. Biasanya kita cuma dengar pasal calcium untuk membina tulang yang kuat dan menjaga kesihatan tulang. Tapi protein ni tu apa? meh meh kita tahu dan ambil ilmu pasal protein yang cik na tahu. sikit je yang tahu. tapi nak kongsi juga sebab ilmu yang berguna harus dikongsi bersama. sikit pun sikit lah maybe dekat luar sana tak tahu apa yang cik na tahu. (positif kan diri supaya aura positif datang berduyun-duyun. heheheheh)

Mengenai Protein

Protein adalah componen utama badan kita. Badan kita ada daging, lemak, organ dalaman dan banyak lagi lah. Daging kita tu adalah otot. Otot adalah dari protein tau. otot berfungsi untuk mengerakkan anggota badan. Kalau tak ada otot macam mana nak gerak. tulang tidak boleh bergerak sebab fungsi tulang adalah untuk menyokong badan kita. Protein juga penting untuk kulit kita tau. Sebab kolagen di buat daripada protein. so dekat sini, protein memang super duper penting tau.

Makanan yang mengandungi protein

Makanan yang berprotein ni selalunya makan yang ada isi. hehehehe. pelik betul istilah yang cik na guna. Cik na guna istilah yang mudah untuk semua paham. sebab cik na nak semua golongan paham apa yang cik na nak sampaikan. Makanan yang ada isi macam ikan, ayam dan daging. ( aish, bila cakap je pasal makanan lapaq teruihhh. hehehehe. tak pa post dulu nanti cari makan ). Antara tiga makanan tu ikan yang paling tinggi protein dan kurang lemak. and ada omega 3 baik untuk otak. Yang terbukti tau dekat cik na, semasa cik na suka sangat makan ikan tak nak langsung makan ayam dan daging, cik na mudah belajar mudah untuk paham dan mudah nak buat.

Kelemahan Protein

Protein sangat-sangat sensitf dengan haba. Bila haba tinggi protein akan hilang ( terbakar kot) . Kan cik na cakap tadi yang makanan yang kaya dengan protein, semua kita masak dulu ka sebelum makan. Semasa proses memasak tu, kan guna api dan panas kan. protein pun hilang dan kita cuma dapat sisa-sisa protein yang sikit sangat sahaja sebagai keperluan protein kita.

Masyarakat kita bukan jenis makan makanan mentah. ( saya tak boleh telan, nak muntah balik ada lah) sebab itu kita perlu mengambil makanan tambahan yang dapat memberi kita jumlah protein yang cukup kepada badan kita setiap hari

Kriteria Pemilihan makanan tambahan protein

Kebiasaannya makanan tambahan protein diperbuat daripada soya. Ada beberapa kriteria untuk memilih soya tang terbaik sebagai sumber protein terbaik kepada badan kita

Kacang soya yang digunakan

Yang ini paling penting sekali tau, PEMILIHAN KACANG SOYA. pastikan makanan tambahan tersebut diperbuat daripada soya yang ditanam secara organik. Selalunya orang panggil NON Genetic Modified Orgnsm (NON GMO). kacang soya yang ditanam secara organik sangat banyak manfaat bagi kesihatan badan kita. Khasiat kacang soya memang banyak sangat. Tapi akibat ketamakan atau apa tah, kacang soya GMO yang di hasilkan secara genetik dihasilkan. Kacang soya ni lah yang membawa kepada pelbagai penyakit seperti kanser.

Cik na kan belajar dalam major kimia. apa yang cik na belajar, molekul atau sesuatu yang semulajadi sangat stabil dan pelbagai manfaatnya manakala yang telah diubah dan dihasilkan sendiri banyak kekurangannya. Sebab itu bila sesuatu yang tidak semula jadi akan memberi kesan yang teruk. Untuk menstabilkan molekul atau sesuatu, ia perlukan sesuatu untuk menstabilkan. bila dia mencari sesuatu itu, maka tindak balas yang tidak diingini akan berlaku dan kesan buruk akan berlaku.'

PASTIKAN tau pilih kacang soya yang ditanam secara organik atau (NON GMO) untuk manfaat dan khasiat yang berganda.

Cara pemprosesan

 Cara pemprosesan ini penting juga. Kita perlulah tahu macam mana ia di buatkan baru lah kita boleh yakin. Pastikan kacang soya tadi dibasuh dengan air bukan dengan alkohol. Sebab kalau basuh dengan alkohol khasiat kacang soya akan berkurang. Bila basuh dengan air, khasiat tetap ada dalam kacang soya tu.

Lepas tu,kita kena pastikan yang dalam pemprosesan tidak melibatkan sebarang haba. macam yang cik na cakap sebelum ni, protein akan hilang apabila terkena haba. takkan kita nak beli produk yang kurang kualiti kan.

Kandungan amino asid

Quiz di sini ( hehehehe. cuak tak? ) berapa jenis amino asid yang diperlukan oleh badan kita setiap hari? cepat jawab di ruang komen siapa jawab betul dapat hadiah. betul ni, :)

Amino asid adalah unit kecil dari protein. Amino asid ni tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Pengambilan amino asid adalah 100% dari pemakanan kita. Pastikan produk yang kita nak beli tu mengandungi amino asid yang paling penting 9 amino asid perlu ada tau.

Tambahan kalsium

Kalsium ( yum yum yum ) perlu tau makanan tambahan berasaskan soya di tambah dengan kalsium. pada asalnya soya bersifat asid. asid tau. manakala kalsium bersifat alkali. kalau asid lawan alkali jadi apa? jadi neutral. ok dah selamat dah untuk ambil. Orang gastrik pun boleh ambil tau

Sharing is caring,
Cik Na in the house