Pages

Sunday, 1 March 2015

Kulit Putih vs Kulit Gelap

Assalamualaikum semua,

Sibuk betul Cik Na dua hari ini sampai tak sempat nak update blog apa lagi nak blogwalking kan. takpe. sekarang ini Cik Na da lapang sikit. Boleh la buat hobi Cik Na ni. Lama jugak la Cik Na duk fikir nak tulis apa la dalam blog hari ini, memandangkan hari ini hari ahad, so sempoi-sempoi jela kan.

Semasa Cik Na godek-godek pak cik Google, terpandang dekat image yang seorang perempuan berkulit gelap dan seorang perempuan berkulit cerah. Terlintas terus dekat kepala otak Cik Na ni nak buat apa. Ok apa yang kita nak bincangkan hari ini, korang kena baca sampai habis tau. hehehehe

Kulit putih ke kulit gelap cantik?

Bagi kita orang asia atau lebih specific sikit orang Malaysia memang suka betul la dengan kulit putih ini. Habis semua orang nak berkulit putih termasuk lah Cik Na sendiri. hehehehehehe. Cik Na mengaku tau Cik Na nak putih. Kalau boleh nak putih macam orang putih tu. mesti terbayang-bayang cantik nya kita kan. (hahahhaha, alamak terperasan lah pulak ).

Mak Cik Na ada keturunan sikit Cina. tak ada lah banyak sangat cuma nenek Cik Na adalah orang cina tetapi dibesarkan oleh keluarga jawa. Mak Cik Na putih mata sepek, alaaaa macam orang cina la. Mak selalu cerita yang waktu dekat sekolah orang selalu panggil dia orang cina. Memang mak nampak pun macam orang cina, tapi seorang anak dia langsung tak ada rupa cina. hahahahahha. Cik Na pun muka macam orang melayu la yang tak ada kacuk2 ni. Disebabkan mak berkulit cerah, Cik Na tak ada lah putih sangat tapi boleh lah cerah (hahahaha, yeke? ke aku sorang je yang perasan ini.).

Kenapa kulit boleh jadi putih atau gelap?

Bila kita tenguk orang dekat bahagian negara sejuk-sejuk, kulit dorang semua putih-putih belaka. Kalau negara macam Malaysia dan negara panas yang lain semua macam gelap-gelap sikit. tapi kenapa kulit orang arab putih? yang tu nanti Cik Na ceritakan ye.

Kewujudan kulit gelap dan kulit cerah adalah kerana bilangan melanin bwah kulit. Kalau kulit cerah, bilangan melanin kurang. Kalau kulit gelap, bilangan melanin banyak. Melanin ni kalau korang nak tahu adalah satu pigmen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata. Melanin dihasilkan daripada sel yang dipanggil sebagai melanocytes. Fungsi melanin adalah memberi pelindungan kepada kerosakkan kulit akibat sinaran matahari. Semakin banyak kita terdedah kepada matahari semaki banyak melanocytes menghasilkan melanin.

Sebab itu, kita yang berada dicuaca yang berkhatulistiwa berkulit gelap. Tapi kita tak ada gelap terus. Kita orang melayu sebenarnya sawo matang. Tak ada hitam pun.

Ni nak citer dekat korang ni, adik Cik Na pernah satu hari tu cakap dekat Cik Na. mcam ni dia cakap

"kakak, nanti kalau cuaca dah jadi panas sangat, mesti kakak mati dulu"
"aik, kenapa pulak?"
"sebab kakak kurang melanin"
" pulak dah, ah tu kena gelap la ni"
"kena lah, kalau nak panjang umur"

hehehe, perbualan adik-beradik je. tak ada apa-apa pun. so, kalau kita dekat Malaysia yang berkulit gelap tu jangan lah rasa, alaaaa nak putih, aku tak cantik, nanti tak ada orang yang nak aku, nanti aku... bla bla bla.. 

Nak cantik? cantik tu subjektif. kalau awak putih pun, tak semestinya awak tu cantik. kalau awak gelap, tak semestinya awak tu hodoh. proud to be yourself. bangga kalau aku gelap. kau gelap ke? takkan. kalau rambut kerinting sibuk nak rebonding, biar jela. Special apa rambut kerinting, bukan semua orang ada rambut kerinting tau. Comel je. macam orang putih je. hehehehehehe. 

Cik Na dulu selalu je rasa kurang keyakinan diri. Dulu je ke.. hmmmm sekarang pun ada jugak. tah lah. maybe tu yang masalah Cik Na. Korang dekat luar sana, jangan lah kurang keyakinan diri sebab kulit kita gelap, selagi tak cerah tu, selagi tu kurang keyakinan diri. Jangan tau. takut tak ada orang nak? jodoh tu ditentukan oleh kulit ke? takkan. So, cheer up baby. 

bagi Cik Na kan, Cik Na tak kisah tak halang pun kalau korang nak jadi putih. Cik Na pun macam tu jugak. hehehehehe. tapi pastikan korag pilih produk pencerahan yang semulajadi. Sebab mengelakkan pelbagai masalah kemudian hari. Ingat tau, pilih produk pencerahan yang terbaik dan semulajadi tanpa sebarang pengelupasan tanpa sebarang bahan kimia yang menghakis kulit dan tanpa sebarang bahaya la..

Salam Sayang,
Cheerful blogger and SID Shaklee
Nadia Majid
whatsapp:0199728071

2 comments:

Apa pandangan korang? kongsilah.. sharing is caring tau