Pages

Saturday 24 October 2015

Apa yang terjadi bila tinggal BLOG lama-lama

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak mengomel dekat sini. huhuhu. Mood nak berblog hilang begitu saja. Tapi hari tu bila buka balik BLOG punya lah tak sangka jadi macam ni.

Apa yang terjadi?

Tuesday 19 May 2015

ISTERI berterima kasih kepada suami memperkenalkan dia kepada MADUnya

Assalamualaikum semua,

Madu.... oooo. madu... Adalah perkara yang paling ALERGIKKKKK sekali perempuan yang bergelar isteri mendengar nya. Hanya yang TERPILIH dan KUAT sahaja yang mampu. Sesungguhnya cik na takut sangat nak melayari alam rumah tangga disebabkan ini lah. Cik na tak sanggup nak berkongsi kasih sebab itu wanita yang sanggup bermadu mendapat payung emas di sana nanti. Sungguh besar pengorbanan mereka. Orang perempuan je paham.

Ok, stop sedih-sedih ye. benda belum teNtu akan jadi tapi dah fikir bukan-bukan. apa lah cik na ni. Bersangka baik dengan Allah. in shaa Allah semua pasti akan menjadi baik.

Kembali kepada tajuk. ada ke agaknya yang ISTERI suka SUAMI bawa balik MADU. mestilah ada uolllllsssssss

Madu pilihan Hati isteri

Tomato Tomato Tomatoes

Assalamualaikum semua,

Siapa sini suka makan tomato? Cik na dulu tak suka tomato. Dia kan lembik-emik gitu. Cik na tak suka benda-benda yang lembik2. Tapi bila je tahu yang tomato ni kan banyak khasiat dia untuk kulit kita. Teruih tau paksa diri ni makan. Tak suka juga lah mula-mula tu. Tapi lama-lama sedap jugak masam-masam dia. Sebab tak ada lah lembik sangat dan tak masam sangat. Just nice kan. :)

Disebabkan itu, Cik na nak kongsikan pasal apa yang ada dekat Tomato ni.

Apa ada pada TOMATO?


Monday 18 May 2015

Makeup Remover Yang Boleh Mencerahkan Kulit

Assalamualaikum semua,

Cik na suka sangat mekap-mekap ni. tapi tak pernah pun berani nak menonjolkan yang cik na ni pakai mekap. Cik na selalunya mekap sikit-sikit je nak tutupkan apa yang perlu ditutup. hehehehehhe. tapi kalau ke kelas cik na tak mekap pun. Kalau keluar yang tu baru mekap sikit-sikit. Ala-ala natural look tu. Padahal tak ada la natural sangat. hehehehehehehe

Bila kita bercakap pasal mekap dan bil kita mula memakai mekap, benda yang paling penting yang kita perlu ada adalah apa? ce teka.  haaaa. Mekaup remover. Bila kita dah pakai mekap kita memang memerlukan makeup remover supaya kita boleh buang semua mekap-mekap di muka kita bila kita dah nak tidur. Mekap sangat tak baik untuk kulit nak-nak masa kita tidur. Nantikan tumbuh jerawat besar ( TAK NAKKKK!)

So, kali ni Cik na nak share pasal bestnya satu makeup remover ni.

Makeup Remover yang Boleh Mencerahkan Kulit


Homemade Masker guna Nutrition

Assalamualaikum semua,

Suk tau pakai masker? Cik na pun suka sesangat pakai masker tapi kalau nak beli masker bagi cik na yang student ni tak berapa mampu lah nak pakai setiap minggu sekali. Tahu tak, keadaan cuaca kita yang panas, kita perlu setiap hari mengekalkan kelembapan kulit kita dengan masker. Setiap hari nak pakai masker agak susah lah untuk orang yang bekerjaya sebab perlu banyak bergerak dan jadual waktu yang tidak menentu. Betul tak?

Homemade Masker untuk Yang Tidak Mempunyai banyak masa


Sunday 17 May 2015

Cantik dan BIJAK

Assalamualaikum semua,

Cik na suka sangat cakap pasal kecantikan. hehehehe. walaupun cik na ni tak macam yang cantik di luar sana. Tapi cik na nak cantik juga untuk diri sendiri dan bakal suami cik na nanti. Bila kita tenguk seseorang yang terlampau taksub nak cantik tu, janganlah salahkan dia sebab Kecantikan dan Keyakinan tu adalah dua perkara yang berkait rapat tau. Bila kita merasa diri kita cantik, pasti kita tak gentar nak berhadapan dengan masyarakat sekeliling. TETAPI jangan OVERRRR ye uolllll. IOOOLLLLLL pun menyampah jugak kalau yang TERLAMPAU OVERRRRR tu. hehehehehe

Lari tajuk sikit ye. Maklum lah, cik na suka buat satu topik kecil jadi panjang-panjang. hehehehehehe. Cantik dan bijak. ini adalah yang paling di cari waktu sekarang. Sebab orang cantik banyak sangat-sangat. Tetapi cantik dan bijak susah nak dapat.

Cik na tak nak cakap pasal cantik. Tapi cik na nak cakap pasal bijak.

Wanita perlu mengambil paling kurang sebiji sehari untuk menjadi BIJAK


Tak boleh pakai GINCU Kerana BIBIRKU

Assalamualaikum semua,

Maybe entry kali ini lebih berfokus kepada wanita. Hehehehehe. ofcoz la, sebab cik na nak cakap pasal gincu dan bibir. Tapi sekarang ni, laki pun pakai gincu jugak kan. Tapi bukan semua lah ada segelintir shaja. Ok, kepada sesiapa yang memakai gincu tak kira perempuan atau jantina. korang kena ambil tahu ni

Masalah kesihatan bibir dan cara mengatasinya

jangan ingat badan kita je kena bersih tau. Bibir pun satu bahagian yang kecil di muka kita pun perlu kita jaga. Sebab BIBIR kita adalah 50% kecantikan dari muka kita. Senyuman korang tu, yang sangat manis tu. dari BIBIR la tu. 

Monday 11 May 2015

Kenapa Kulit Saya KERING?!!!

Assalamualaikum semua,

Pernah tak korang check korang punya kulit jenis apa? Adakah NORMAL? KERING? BERMINYAK?
Korang kena tahu tau. PENTING sangat-sangat ye uolllllsssss.

Berdasarkan keadaan kulit kita semasa adalah penentu kepada jenis produk apa yang akan kita guna. Kalau kita tersalah pilih produk, MASALAH sangat-sangat.

ATTENTION TO ALL WOMEN AND MEN WHO CARE ABOUT THE FACE ESPECIALLY YOUR SKIN. UOLLLLLSSSSS MUST! READ THIS UNTIL END TAU

Kulit kering iailah yang cik na akan fokuskan dalam entry kali ni. 

Monday 27 April 2015

BAHAYA kulit tanpa MELANIN

Assalamualaikum semua,

Orang Malaysia terutama perempuan mesti teringin atau suka nak kulit putih, betul tak? sebab mentaliti orang Malaysia memikirkan kalau kita ada kulit cerah cantik. Yela sampai ada kawan cik na tu nak pilih calon bini pun nak yang kulit putih. Ingat yang kulit gelap sikit tak boleh buat bini ke?! Biar lah kan citarasa orang.

Begitulah sebab kenapa perempuan Malaysia terutama Melayu nak sangat ada kulit putih. Sebab nanti tak ada siapa nak. ( hmmmmmmm. jodoh itu di tangan Tuhan, kulit warna ungu sekali pun kalau dah tetapkan ada jodoh kahwin jugak.) tahu tak korang yang warna kulit kita tu tak kekal pun. Boleh je yang berkulit cerah menjadi gelap dan sebaliknya.

So persoalannya di sini, 

Macam mana adanya perbezaan warna kulit? 

Kenapa ada orang boleh putih dan orang boleh gelap? 

Kenapa warna itu tidak kekal pada seseorang?

Sunday 26 April 2015

Protein dan Fungsinya

Assalamualaikum semua,

Bersempena hari ahad yang indah diterangi dengan sinar suria yang memancar ( ayat sekolah. lama tak menulis karangan bahasa melayu ) cik na nak cakap pasal protein. Tahu tak protein. Ala protein tu. yang ada dalam makanan kita tu. Biasanya kita cuma dengar pasal calcium untuk membina tulang yang kuat dan menjaga kesihatan tulang. Tapi protein ni tu apa? meh meh kita tahu dan ambil ilmu pasal protein yang cik na tahu. sikit je yang tahu. tapi nak kongsi juga sebab ilmu yang berguna harus dikongsi bersama. sikit pun sikit lah maybe dekat luar sana tak tahu apa yang cik na tahu. (positif kan diri supaya aura positif datang berduyun-duyun. heheheheh)

Mengenai Protein

Protein adalah componen utama badan kita. Badan kita ada daging, lemak, organ dalaman dan banyak lagi lah. Daging kita tu adalah otot. Otot adalah dari protein tau. otot berfungsi untuk mengerakkan anggota badan. Kalau tak ada otot macam mana nak gerak. tulang tidak boleh bergerak sebab fungsi tulang adalah untuk menyokong badan kita. Protein juga penting untuk kulit kita tau. Sebab kolagen di buat daripada protein. so dekat sini, protein memang super duper penting tau.

Makanan yang mengandungi protein

Makanan yang berprotein ni selalunya makan yang ada isi. hehehehe. pelik betul istilah yang cik na guna. Cik na guna istilah yang mudah untuk semua paham. sebab cik na nak semua golongan paham apa yang cik na nak sampaikan. Makanan yang ada isi macam ikan, ayam dan daging. ( aish, bila cakap je pasal makanan lapaq teruihhh. hehehehe. tak pa post dulu nanti cari makan ). Antara tiga makanan tu ikan yang paling tinggi protein dan kurang lemak. and ada omega 3 baik untuk otak. Yang terbukti tau dekat cik na, semasa cik na suka sangat makan ikan tak nak langsung makan ayam dan daging, cik na mudah belajar mudah untuk paham dan mudah nak buat.

Kelemahan Protein

Protein sangat-sangat sensitf dengan haba. Bila haba tinggi protein akan hilang ( terbakar kot) . Kan cik na cakap tadi yang makanan yang kaya dengan protein, semua kita masak dulu ka sebelum makan. Semasa proses memasak tu, kan guna api dan panas kan. protein pun hilang dan kita cuma dapat sisa-sisa protein yang sikit sangat sahaja sebagai keperluan protein kita.

Masyarakat kita bukan jenis makan makanan mentah. ( saya tak boleh telan, nak muntah balik ada lah) sebab itu kita perlu mengambil makanan tambahan yang dapat memberi kita jumlah protein yang cukup kepada badan kita setiap hari

Kriteria Pemilihan makanan tambahan protein

Kebiasaannya makanan tambahan protein diperbuat daripada soya. Ada beberapa kriteria untuk memilih soya tang terbaik sebagai sumber protein terbaik kepada badan kita

Kacang soya yang digunakan

Yang ini paling penting sekali tau, PEMILIHAN KACANG SOYA. pastikan makanan tambahan tersebut diperbuat daripada soya yang ditanam secara organik. Selalunya orang panggil NON Genetic Modified Orgnsm (NON GMO). kacang soya yang ditanam secara organik sangat banyak manfaat bagi kesihatan badan kita. Khasiat kacang soya memang banyak sangat. Tapi akibat ketamakan atau apa tah, kacang soya GMO yang di hasilkan secara genetik dihasilkan. Kacang soya ni lah yang membawa kepada pelbagai penyakit seperti kanser.

Cik na kan belajar dalam major kimia. apa yang cik na belajar, molekul atau sesuatu yang semulajadi sangat stabil dan pelbagai manfaatnya manakala yang telah diubah dan dihasilkan sendiri banyak kekurangannya. Sebab itu bila sesuatu yang tidak semula jadi akan memberi kesan yang teruk. Untuk menstabilkan molekul atau sesuatu, ia perlukan sesuatu untuk menstabilkan. bila dia mencari sesuatu itu, maka tindak balas yang tidak diingini akan berlaku dan kesan buruk akan berlaku.'

PASTIKAN tau pilih kacang soya yang ditanam secara organik atau (NON GMO) untuk manfaat dan khasiat yang berganda.

Cara pemprosesan

 Cara pemprosesan ini penting juga. Kita perlulah tahu macam mana ia di buatkan baru lah kita boleh yakin. Pastikan kacang soya tadi dibasuh dengan air bukan dengan alkohol. Sebab kalau basuh dengan alkohol khasiat kacang soya akan berkurang. Bila basuh dengan air, khasiat tetap ada dalam kacang soya tu.

Lepas tu,kita kena pastikan yang dalam pemprosesan tidak melibatkan sebarang haba. macam yang cik na cakap sebelum ni, protein akan hilang apabila terkena haba. takkan kita nak beli produk yang kurang kualiti kan.

Kandungan amino asid

Quiz di sini ( hehehehe. cuak tak? ) berapa jenis amino asid yang diperlukan oleh badan kita setiap hari? cepat jawab di ruang komen siapa jawab betul dapat hadiah. betul ni, :)

Amino asid adalah unit kecil dari protein. Amino asid ni tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Pengambilan amino asid adalah 100% dari pemakanan kita. Pastikan produk yang kita nak beli tu mengandungi amino asid yang paling penting 9 amino asid perlu ada tau.

Tambahan kalsium

Kalsium ( yum yum yum ) perlu tau makanan tambahan berasaskan soya di tambah dengan kalsium. pada asalnya soya bersifat asid. asid tau. manakala kalsium bersifat alkali. kalau asid lawan alkali jadi apa? jadi neutral. ok dah selamat dah untuk ambil. Orang gastrik pun boleh ambil tau

Sharing is caring,
Cik Na in the house

Drama Melayu vs Drama Korea

Assalamualaikum semua,

Nak tahu tak? hehehe. Cik na baru je lepas habis tenguk citer hyde, jekyll and me. Yang hyun bin berlakon tu. Personally, cik na suka cerita tu. tapi tak ada lah over sangat suka tu. Bila diingat balik, cik na jarang tenguk drama melayu tetapi lebih banyak tenguk dan tahu perkembangan drama korea.

Kebanyakkan remaja sekarang suka kepada drama korea berbanding drama melayu. Maybe ada yang suka tetapi ada yang tak suka. Macam cik na kan, cik na tak suka sangat drama melayu. bukan tak suka langsung. Ada yang suka dan ada yang tidak.

Perbezaan drama korea dan drama melayu


Jalan cerita

Cik na ceritakan sikit mengenai beberapa drama yang cik na suka tenguk. Bagaimana jalan cerita dari awal sampai akhir

Drama Korea

Jalan cerita yang simple dan mudah dipaham. Jalan cerita lebih kepada kehidupan yang bukan biasa seperti kita. Sejujurnya cik na cakap, bila tenguk cerita korea dan jalan cerita dia, lebih membuka mata cik na mengenai pelbagai cara hidup dan masalah yang memang jarang kita tahu dan kadang-kadang kita tak tahu pun.


Drama Melayu

Jalan cerita yang banyak diambil dari novel. kalau cik na dah baca novel tu mesti tak best nak tenguk dah. Kadang-kadang mengambil banyak episod. Ada jugak yang jalan cerita dari novel yang cik na tak baca. so cik na tak payah lah beli novel tu nak baca. Just tonton je drama melayu. Terlalu berkonsep cinta. Cik na ni tak minat sangat cinta-cinta terlajak. Geli i. hehehehe. tapi sesetengah orang suka kan romantik-romantik ni cintan cintan ni. Ikut citarasa masing-masing

Intipati

Apa beza intipati dan jalan cerita? hmmmmm. jab cik na pikir jab.
Intipati adalah apa yang terkandung dalam sesuatu tu. manakala jalan cerita adalah kisah secara general. betul ke tidak ek? tak pe lah bantai saja lah. hehehehe

Drama Korea

Drama korea ni cik suka yang memberi pengetahuan kepada cik na. Macam cerita emergency couple tu. Walaupun cik na ni bukan lah seorang doktor dan memang takkan jadi pun. tak sanggup aih, cik na dapat tahu serba sedikit mengenai cara mereka bekerja dan beberapa penyakit yang kita memang tak tahu. Macam jacob diseases kot. yang berbahaya sebab boleh berjangkit. tak ingat dah nama dia. Kalau kita orang kebanyakkan tahu ke apa tu, maybe ada yang tahu. tapi cik na tak tahu pun.

Drama Melayu

Bila cik na balik rumah, trend cerita melayu sekarang more kepada cinta. Cinta seorang laki yang sabar dan perempuan nak mengada dan cinta seorang perempuan baik dan lelaki ego. Lebih kurang sama je plot setiap satu. ( cik na minta maaf sangat-sangat atas apa yang cik na akan tulis lepas ini. Ini hanya pendapat cik na shaja, bila kita seorang yang matang dan profesional, kita akan menerima apa pandangan orang lain dengan terbuka dan memperbaiki ke aras yang lebih baik ) Cerita drama melayu banyak menceritakan tentang kehidupan suami isteri. Ada yang kena paksa kahwin atau pun memang dah family rancangkan. Tetapi ade satu plot dalam banyak-banyak cerita ada yang membuat kan mereka berkahwin kerana tangkap basah atau belaku sumbang atau seangkatan dengannya. Kalau orang yang dah berakal dah matang. perkara itu kita paham tapi apakah kesan kepada remaja-remaja yang baru nak kenal dunia atau pun kepada kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa? Adakah mereka memikirkan perkara itu adalah perkara normal yang macam dalam tb tu. nanti dapat kahwin awal dan dapat sweet macam dalam tb tu. yang ni kita tak nak.



Cik na bukan nak memburukkan ke apa ke. Cuma ni lah kita kena perbaiki. Kalau seorang menghabiskan masa lebih kurang 1 jam depan tb untuk menonton drama untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan, apa kata kita masukkan input yang berguna. tak ada lah kita membazir masa. dalam masa tenguk tb pun kita still lagi boleh menimba ilmu. Tak ada lah orang kata membuang masa menonton tb kan.

* ini adalah pandangan cik na sahaja. tidak memburukkan atau memuji sesiapa. Tb adalah media massa yang sangat-sangat meluas digunakan di bandar dan juga kawasan luar bandar. Apa yang ditayang dalam tb satu Malaysia tahu, satu Malaysia cakap dan cerita pasal apa yang ditayangkan dalam tb. Sebab itu, sebar lah ilmu pengetahuan am yang tinggi sikit ( macam advance sikit dari pengetahuan normal yang orang tahu) supaya masyarakat kita lebih berilmu dan tinggi ilmunya. Baru lah GAH rasa dan BANGGA jadi rakyak Malaysia yang berilmu tinggi ni

peace no war :)

Sunday 1 March 2015

Semakan SPM 2014 Melalui SMS

Assalamualaikum semua,

adik-adik yang nak ambil result selasa ini, mesti berdebar tahap gaban kan. takut tak nak pergi sekolah? hehehehehe. kalau takut boleh check melalui SMS tau.

Cik Na dulu pi ambil dekat sekolah je, sebab tak tahu pun boleh check guna SMS. nak tahu cara dia?

Cara Check Result Melalui SMS

SMS: SPM<jarak>NoKP<jarak>Angkagiliran

hantar ke 15888

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2014 DIUMUMKAN PADA 3 MAC 2015
Ini berikutan tarikh rasmi keputusan SPM 2014 akan diumumkan pada 3 Mac 2015 iaitu dua minggu lebih awal daripada tahun sebelumnya
Pemilihan tarikh tersebut adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian pra universiti, asasi dan matrikulasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara
Berikut adalah maklumat untuk mendapatkan keputusan (result) SPM 2014 pada tarikh rasmi keputusan itu diumumkan nanti
Info Dan Tarikh Semakan Keputusan SPM 2014
Lokasi
  • Calon boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah
  • Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar dahulu
Tarikh Dan Masa3 Mac 2015 / mulai jam 10 pagi
Semakan Guna SmsCalon-calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut
  • Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
CONTOH
  • SPM 971403025778 KC007B067 hantar ke 15888

Semakan Results SPM 2014 SMS
Semakan Secara OnlineAkan dinyatakan pada hari keputusan diumumkan

Informasi selain Tarikh Keputusan SPM 2014 Diumumkan 3 Mac 2015

 sumber: http://www.mysumber.com/keputusan-spm-2014-diumumkan-3-mac-2015.html

Kulit Putih vs Kulit Gelap

Assalamualaikum semua,

Sibuk betul Cik Na dua hari ini sampai tak sempat nak update blog apa lagi nak blogwalking kan. takpe. sekarang ini Cik Na da lapang sikit. Boleh la buat hobi Cik Na ni. Lama jugak la Cik Na duk fikir nak tulis apa la dalam blog hari ini, memandangkan hari ini hari ahad, so sempoi-sempoi jela kan.

Semasa Cik Na godek-godek pak cik Google, terpandang dekat image yang seorang perempuan berkulit gelap dan seorang perempuan berkulit cerah. Terlintas terus dekat kepala otak Cik Na ni nak buat apa. Ok apa yang kita nak bincangkan hari ini, korang kena baca sampai habis tau. hehehehe

Kulit putih ke kulit gelap cantik?

Bagi kita orang asia atau lebih specific sikit orang Malaysia memang suka betul la dengan kulit putih ini. Habis semua orang nak berkulit putih termasuk lah Cik Na sendiri. hehehehehehe. Cik Na mengaku tau Cik Na nak putih. Kalau boleh nak putih macam orang putih tu. mesti terbayang-bayang cantik nya kita kan. (hahahhaha, alamak terperasan lah pulak ).

Mak Cik Na ada keturunan sikit Cina. tak ada lah banyak sangat cuma nenek Cik Na adalah orang cina tetapi dibesarkan oleh keluarga jawa. Mak Cik Na putih mata sepek, alaaaa macam orang cina la. Mak selalu cerita yang waktu dekat sekolah orang selalu panggil dia orang cina. Memang mak nampak pun macam orang cina, tapi seorang anak dia langsung tak ada rupa cina. hahahahahha. Cik Na pun muka macam orang melayu la yang tak ada kacuk2 ni. Disebabkan mak berkulit cerah, Cik Na tak ada lah putih sangat tapi boleh lah cerah (hahahaha, yeke? ke aku sorang je yang perasan ini.).

Kenapa kulit boleh jadi putih atau gelap?

Bila kita tenguk orang dekat bahagian negara sejuk-sejuk, kulit dorang semua putih-putih belaka. Kalau negara macam Malaysia dan negara panas yang lain semua macam gelap-gelap sikit. tapi kenapa kulit orang arab putih? yang tu nanti Cik Na ceritakan ye.

Kewujudan kulit gelap dan kulit cerah adalah kerana bilangan melanin bwah kulit. Kalau kulit cerah, bilangan melanin kurang. Kalau kulit gelap, bilangan melanin banyak. Melanin ni kalau korang nak tahu adalah satu pigmen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata. Melanin dihasilkan daripada sel yang dipanggil sebagai melanocytes. Fungsi melanin adalah memberi pelindungan kepada kerosakkan kulit akibat sinaran matahari. Semakin banyak kita terdedah kepada matahari semaki banyak melanocytes menghasilkan melanin.

Sebab itu, kita yang berada dicuaca yang berkhatulistiwa berkulit gelap. Tapi kita tak ada gelap terus. Kita orang melayu sebenarnya sawo matang. Tak ada hitam pun.

Ni nak citer dekat korang ni, adik Cik Na pernah satu hari tu cakap dekat Cik Na. mcam ni dia cakap

"kakak, nanti kalau cuaca dah jadi panas sangat, mesti kakak mati dulu"
"aik, kenapa pulak?"
"sebab kakak kurang melanin"
" pulak dah, ah tu kena gelap la ni"
"kena lah, kalau nak panjang umur"

hehehe, perbualan adik-beradik je. tak ada apa-apa pun. so, kalau kita dekat Malaysia yang berkulit gelap tu jangan lah rasa, alaaaa nak putih, aku tak cantik, nanti tak ada orang yang nak aku, nanti aku... bla bla bla.. 

Nak cantik? cantik tu subjektif. kalau awak putih pun, tak semestinya awak tu cantik. kalau awak gelap, tak semestinya awak tu hodoh. proud to be yourself. bangga kalau aku gelap. kau gelap ke? takkan. kalau rambut kerinting sibuk nak rebonding, biar jela. Special apa rambut kerinting, bukan semua orang ada rambut kerinting tau. Comel je. macam orang putih je. hehehehehehe. 

Cik Na dulu selalu je rasa kurang keyakinan diri. Dulu je ke.. hmmmm sekarang pun ada jugak. tah lah. maybe tu yang masalah Cik Na. Korang dekat luar sana, jangan lah kurang keyakinan diri sebab kulit kita gelap, selagi tak cerah tu, selagi tu kurang keyakinan diri. Jangan tau. takut tak ada orang nak? jodoh tu ditentukan oleh kulit ke? takkan. So, cheer up baby. 

bagi Cik Na kan, Cik Na tak kisah tak halang pun kalau korang nak jadi putih. Cik Na pun macam tu jugak. hehehehehe. tapi pastikan korag pilih produk pencerahan yang semulajadi. Sebab mengelakkan pelbagai masalah kemudian hari. Ingat tau, pilih produk pencerahan yang terbaik dan semulajadi tanpa sebarang pengelupasan tanpa sebarang bahan kimia yang menghakis kulit dan tanpa sebarang bahaya la..

Salam Sayang,
Cheerful blogger and SID Shaklee
Nadia Majid
whatsapp:0199728071

Thursday 26 February 2015

Jimat SERIBU Ringgit dengan penapis air

Assalamualaikum semua,

Entry kali mengenai jimat seribu ringit. apa yang seribu ringgit tu? alaaaaa, jap lagi kita citer ea. Cik Na nak bercerita pasal benda lain dulu ye. Kalau kita nak cerita kena lah mula dari awal sampai habis kan. Yang jimat seribu ringgit tu adalah bahagian z nya. So, kita kena mula dari a dulu ye.

Cik Na sekarang sedang belajar dekat salah sebuah IPTA dekat Selangor ni. Sebelum ini, memang ada catuan air, kami ni sanggup berangkut beli bekas air besar dari bandar sampai ke kolej naik motor. Banyakkan lah, Cik Na yang duduk belakang sambil pegang 4 bekas air terasa nak melayang-layang nak terjatuh dari motor pun ada. Beria betul persiapan nak hadapi catuan. Maklumlah perempuan banyak guna air.

Pernah sekali tu, dekat kolej Cik Na, air kopi ke air teh beng kuar dari paip lama juga lah selama beberapa hari. Cik Na sanggup tak mandi (hehehehe. hal yang dah lepas jangan dikenang). Air terlampau kotor shingga tak lalu nak mandi. Last2, beli air mineral botol besar, guna jimat-jimat boleh lah tahan beberapa hari.

Sekarang pun masih kadang-kadang air bersih kadang-kadang kuning. Memang stock air bersih sentiasa ada dalam bilik. Takut keluara air teh beng memang tak mandi lah jawabnya Cik Na. Sekarang ini, masalah yang Cik Na hadapi ialah tak ada tempat nak masak air. huhuhuhu. heater Cik Na pecah. Duit biasiswa tak masuk lagi. So bergantung pada duit parent jela. Memang jimat sesangat-sangat da. Sebab tu sampai heater pun tak beli lagi. tunggu duit masuk lah.

Setiap hari Cik Na akan beli 2 botol air mineral 1.5 liter. Rm 2.20 satu. Setiap hari tau dengan ketidakcukupan (hahahaha, buat perkataan sendiri.. tapi korang paham kan? ) duit memang beli sampai 5 ringgit sehari hanya untuk air minum memang agak mahal. Terus Cik Na terdetik dalam hari.

Kalau aku beli penapis air kan bagus. Yela bukan Cik Na selalu bancuh air panas pun. Cik Na suka minum air kosong yang bersuhu bilik. Jika dibandingkan beli air mineral yang setiap hari habis 5 ringgit. Perhhhh, bankrup aku ini.

Bila survey dan cari-cari, banyak-banyak penapis air, Cik Na berkenan juga dengan produk Shaklee. Bukan sebab Cik Na ni SID tapi Cik Na pusing-pusing, cari-cari, tenguk sini, buka sana, penapis air Shaklee jugak lah yang memenuhi kriteria Cik Na. Jenuh dah duk kelebet se se, akhirnya Shaklee tetap di hati. Lepas masuk duit biasiswa ni, terus nak beli penapis air ini. Penapis air ini dikenali sebagai Water Pitcher. Nak tahu tak apa ciri-ciri kelebihan water pitcher yang buat Cik Na nak sangat tu ada.

Wednesday 25 February 2015

Segmen Bloglist Mac - Julai by MiyaAmira

http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

Minuman isotonik untuk Pelajar

Assalamualaikum semua,

Hai korang!! kembali lagi bersama saya, Cik Na in the house. hehehehehe. Sebelum ini, Cik Na dah bercerita pangjang lebar mengenai cuaca panas yang sedang melanda Malaysia sekarang ni. Cik Na juga sudah memberikan beberapa tips untuk kekal aktif semasa musim panas ni tanpa mendapat sebarang sakit. Nak tahu? Boleh baca di sini ye

Sekarang kita berada pada hujung bulan Februari yang mana lagi 3 hari lagi nak masuk bulan March ( dah nak dekat dah birthday Cik Na.. semakin tua la Cik Na ni. hehehehe ). Bagi budak sekolah yang mana bakal menghadapi peperiksaan besar bagi tahun ini seperti UPSR, PT3 dan SPM, korang mesti dah jaga makan sekarang kan. Yelah tak boleh minum minuman yang bergas, tak boleh makan asam, tak boleh makan kepala ikan, tak boleh makan organ dalaman dan pelbagai lagi yang korang kena pantang sehingga habis semua peperiksaan. Cik Na pun mengalaminya dulu, memang mak sekat habis semua tak boleh makan. Bila dah habis exam, Cik Na bedal semua yang Cik Na tak boleh makan sebelum peperiksaan

Namun, Malaysia sedang mengalami cuaca panas melampau. Bilik Cik Na ni dah pasang kipas number 5 dah pun rasa macam kapal terbang dah bunyi dia tapi tetap rasa panas. Terbuktilah memang panas sekarang ni. Bila korang baca Cik Na punya post sebelum ini, Cik Na ada memberi beberapa tips untuk kekal sihat salah satunya adalah dengan minum minuman isotonik

Bila sebut saja pasal minuman isotonik ni, kita akan terus terlintas dalam kepala air yang bergas. Sebab semua rasanya air isotonik yang ada semua ergas. Kalau budak yang nak ambil peperiksaan tak boleh minum lah.sebab kan kena pantang tak boleh minum minuman bergas. Takkan kita nak bagi bakal-bakal menduduki peperiksaan penting ini kurang sihat an mengganggu pembelajaran mereka kan. Oleh itu, Cik Na ada penyelesaian untuk ini iaitu minuman isotonik untuk pelajar. Sebelum itu, kita tahu dulu kenapa kita perlukan minuman isotonik semasa musim panas ni.

Apa itu minuman isotonik?

Minuman isotonik adalah minuman yang mengandungi mineral dan zat yang boleh diserap cepat ke dalam sel badan kita. hmmm.paham dok? hehehehe. Macam mana ea Cik Na nak terang lebih jelas lagi. Daripada sumber yang Cik Na baca, dia tulis iso-  bermaksud sama dan tonik itu bermaksud mineral dan zat. Minuman isotonik mempunyai tekanan yang sama dengan tekanan pada sel badan. Macam kalau kita belajar dulu macam osmosis tu. Bila tekanan sama antara sel badan dan air isotonik maka penyerapan cepat.

Perbezaan dalam minuman isotonik

Ada tak yang tertanya-tanya apa yang menjadikan minuman isotonik ni berbeza dengan air biasa selain daripada tekanan yang Cik Na Cter dekat atas tu. Kandungan yang terdapat dalam minuman isotonik yang membezakan antara air biasa dengan air isotonik

Terdapat 3 komponen penting dalam minuman isotonik ini. Nak tahu tak apa kandungan rahsia tu? hehehehe. sememangnya bukan rahsia sangat pun cuma kita tidak tahu je kan. takpe takpe, ni Cik Na ada boleh share ngan korang semua tau. 3 komponen penting yang terdapat dalam minuman isotonik ialah Sodium, Magnesium dan Kalium.

Kenapa kena pilih performance drink?

Seperti Cik Na dah bagi tau sebelum ini, performance drink ini adalah minuman isotonik. Bukan sebarang minuman isotonik tau, tetapi minuman isotonik yang TERBAIK! MELETUP! HOT SELLING! korang mesti nak tahu kan apa yang TERBAIK sangat tu, apa yang MELETUP sangat tu, kenapa HOT SELLING pulak kan. Mari kita berkenalan dengan performance drink dulu. Nama manja dia PD. hehehe

Performance Drink

minuman isotonik tanpa gas

 

PD adalah sejenis minuman isotonik yang merupakan minuman ahli-ahli sukan. PD ni best tau sebab sampai atlit pun minum. Ini menunjukkan yang PD ni memang terbaik berbanding jenama lain. PD memang telah terbukti menghidrat lebih pantas dan cepat beranding air. sebab PD mengandungi imbangan elektrolit yang berkhasiat dan yang palig penting tidak bergas. 

Imbangan elektrolit yang terdapat dalam PD ialah merupakan campuran Elektrilot POTI-LTYE proprietari serta campuran unik karbohidrat. Campuran-campuran tersebut memberi tenaga berterusan tanpa mengganggu paras gula dalam darah. Oleh sebab itu, PD ni memberi tenaga segera dan menyokong penghidratan di peringkat optimum.


Kelebihan Performance drink

Korang dah kenal kan dengan performance drink. Sekarang Cik Na nak share pasal kelebihan pulak. heheheheh. Banyak tau kelebihan PD ni. Cik Na akan cuba senaraikan yang baik bagi pelajar dan juga menangani cuaca panas

  1. Tidak mengandungi karbonat (air bergas)
  2. kurang gula
  3. Berperisa oren (lazat tau. betul tak tipu punya kalau tambah sunquick sikit. perhh terboikk rasa dia )
  4. Kekal kan paras gula
  5. Mencegah penghidratan (sesuai sangat untuk musim panas sekarang)
  6. Memberi tenaga segera
  7. Melembabkan kulit
  8. Mengurangkan kehausan
Itu adalah diantara kelebihan PD tau. Diantara baru. Kalau nak senarai semua. panjang lebar laaa post Cik Na ni. tapi takpela baik short and simple tetapi mudah difahami kan.

So, ibu bapa yang ingin mengekalkan tahap kesihatan anak-anak anda yang bakal menghadapi peperiksaan besar tahun ni, pilih pilihan yang terbaik. Anak anda sihat mudah untuk belajar, result baik anda gembira.

Sekian sahaja dari Cik Na

Cheerful blogger and SID Shaklee
Nadia Majid
whatsapp:0199728071

Tuesday 24 February 2015

Penangan Cuaca Panas Melampau

Assalamualaikum semua,

Perasan tak korang, sekarang cuaca panas sangat-sangat. Cik Na rasa panas sangat cuaca dekat UPM ini. Duduk dalam bilik berkipas pun rasa macam berwap. Tak tahan kot. huhuhu. Sekarang adalah masa Malaysia mengalami cuaca panas melampau. Sebenarnya, sama ada kita tahu atau tidak cuaca panas melampau boleh mengundang pelbagai masalah.

Tanda-tanda dan kesan kepada Cuaca terlampau panas


Saya Sudah Bertukar

Assalamualaikum semua,

Lama dah rasanya tidak mengarang atau tenguk blog ini. Rindu sebenarnya nak berblogging ni. Banyak ilmu yang dah dapat dalam dalam 40 hari yang lepas. tambah lagi dengan 30 hari. 70 hari. Memang banyak sangat ilmu-ilmu yang telah dicurahkan. Tetapi Cik Na ni tak tahu lah, malas memanjang cepat give up. Lepastu bangun balik kena start dari mula. Takpe lah Cik Na oi. Kali ini jangan dah nak give up memanjang. Orang keliling semua dah nak sampai ke bulan. Cik Na baru nak cari roket nak naik ke bulan

Btw, Cik Na nak bagitahu ini, Cik Na dah bertukar daripada Beauty Clinic ke Cik Na in The House. Semua input dalam ini masih sama tetapi Cik Na akan lebihkan kepada pengalaman Cik Na dan apa yang Cik Na suka buat selain berniaga Online ini. Kena la tarik reader kan. Kalau kita duk asyik menjual je tak ramai lah reader kita. Kalau kita berkongsi cerita pengalaman dan macam-macam lagi. Mesti ramai reader dan maybe akan dapat reader yang setia. Aminnn,

Itu sahaja untuk kali ini, Nak inform korang yang blog ini masih beroperasi macam biasa tetapi cuma bertukar nama dan wajah. blogger nyer masih sama cuma saya nak digelarkan dengan Cik Na

Semoga korang dapat perkara yang bermanfaat dari blog Cik Na ini ye..

Salam sayang
CIK NA

Wednesday 14 January 2015

Anak-anak terbantut tumbesaran kerana ketidakperihtianan anda

Assalamualaikum semua,

Sudah berhabuk ye blog saya ni. Huhuhuhu. sesorry sangat. Takpe kali ini saya akan updateblog setiap hari seperti selalu. Hari tu break sebab nak fokus pada exam final. lepas tu, jatuh sakit selama seminggu dan hari ini dah sihat, Boleh la menghasilkan nukilan shaklee ku ni.

Untuk bulan baru tahun baru ini, rasanya saya tak update pape lagi. So terlambat ke tidak (sememangnya dah terlambat sangat ) nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Saya sambut tahun baru dengan hati tak tenang sebab rumah saya banjir dan saya keesokkan hari selepas 1 haribulan ada exam killer punya. So memang meroyan tak tentu arah saya sebulan yang lalu. Tapi itu sebulan yang lalu lah. Sekarang I'M BACK!

Dah lama rasanya tak menulis ni, banyak pulak rasanya nak bercerita dekat sini. tapi tak pa kita kena tuju pada matlamat yang satu. hehehehe.

Shaklee bulan ni memang mengadakan promosi habis-habisan (bukan menghabiskan stok tau, promosi giler2 la ) triple promosi tuk buy 6 free 1 dan triple promosi untuk twin pack.

multivitamin untuk anak yang kurang makan sayur
promosi tergempar Bulan Jan'15


Daripada promosi di atas, ada perasan tak apa yang rasa macam tak biasa nampak atau tak pernah nampak langsung? Hehehehe. Vita-Lea untuk kanak-kanak (Vita-lea For Children) dah lama menyepi. akhirnya tahun baru ini, menjelma lah ia. Vita-lea ni lah yang saya semangat nak bagi tau semua orang bestnya supplement ini kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Apa itu Vita-Lea untuk kanak-kanak?

 

multivitamin kegemaran kanak-kanak
Vita-Lea for Children



Vita-lea yang kebiasannya kita tenguk adalah vita-lea yang untuk orang dewasa punya. Selama setahun tau vita-lea untuk kanak-kanak ini menyepi. Vita lea Shaklee adalah supplement multivitamin. Terdapat 2 jenis Vita-Lea dalam senarai produk Shaklee iaitu vita-lea untuk kanak-kanak dan vita-lea dewasa. Kedua-dua supplements berfungsi sebagai pelengkap nutrisi bagai keperluan badan kita seharian

Kanak-kanak sememangnya sukar sangat nak menelan pil atau apa-apa yang ditelan. Sebab mereka akan fikirkan yang mereka menelan ubat. Tetapi Vita-lea kanak-kanak ini tidak ditelan hanya dikemam sahaja. Dikemam dan rasa anggur yang manis semestinya kanak-kanak tak kan menolak untuk makan vita-lea ni, malah akan minta lebih lagi. Tetapi perlu mengikut kadar yang ditetapkan.

Kandungan Vita-Lea untuk kanak-kanak


Vita-lea untuk kanak-kanak mestilah lain kandungan daripada vita-lea orang dewasa sebab keperluan nutrisi kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Vita-lea kanak-kanak mengandungi vitamin power iaitu 100% vitamins C, D, E dan kesemua 8 vitamin B. Kesemua vitamin tersebut sangat-sangat diperlukan oleh kanak-kanak setiap hari. 100% vitamin tu. Jika andaseorang ibu atau bapa kenapa nak memberi 50%/ 60% atau 90% jika anda mampu memberi 100%.

Bukan setakat tu saja tau, vita-lea kan multivitamin yang membawa maksud pebagai vitamin dalam satu tablet. Selain daripada vitamin seperti yang telah disebutkan, kalsium, magnesium, zinc, cupper dan lagi turut ditambah. Penambahan pelbagai unsur vitamin ini adalah untuk melengkapkan keperluan tumbesaran kanak-kanak. Memastikan mereka membesar dengan cukup nutrien dan lengkap keperluan untuk membesar. takkan kita nak bagi kanak-kanak terbantot kan?

Kita semua memang sedia maklum dan dah memang dah tahu yang kanak-kanak sangat memilih makanan mereka. Mereka lebih suka makan makanan ringan kerana rasanya yang enak dan pelbagai warna, minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula, gula-gula yang pelbagai jenis yang mampu merosakkan gigi sihat kanak-kanak. Daripada itu, kita dapat kenalpasti yang kanak-kanak gemar kepada makanan yang manis, berwarna dan sedap. Oleh itu, Vita-Lea untuk kanak-kanak didatangkan dengan perisa anggur dan rasanya sangat manis boleh dikemam atau digigit seperti gula.

Kenapa kanak-kanak memerlukan Multivitamin Vita-Lea?

Kanak-kanak memerlukan pelbagai vitamin dan mineral dengan kuantiti yang betul supaya tumbesaran mereka tidak terbantot. Misalkan lah, kalau kita fikir yang kanak-kanak mampu untuk mendapat kesemua vitamin dan mineral hanya dengan pemakanan, cuba lihat balik, adalah mereka makan sayur dengan banyak? adakah mereka suka makan buah dengan banyak? adakah mereka mengelak untuk makan makanan ringan?

Persoalan yang diajukan, kita sendiri akan jawab. Tapi sebelum itu, kita tenguk dulu apa yang kandungan vitamin yang dalam vita lea untuk kanak-kanak.

nutrisi yang diperlukan untuk kanak-kanak membesar
Mahukah mereka?

Kanak-kanak paling tak suka makan sayur.Boleh ke mereka makan 4 cawan brokoli yang dimasak? kalau bagi orang dewasa mestila kita boleh habiskan nak-nak saya yang suka sangat makan brokoli ini. kanak-kanak nak makan satu sayur pun jenuh nak paksa. Kalau susah sangat nak paksa baik kita bagi yang mereka suka iaitu manis dan berisa seperti Vita-Lea untuk kanak-kanak. Berilah yang terbaik untuk kanak-kanak yang membesar,


Pengedar Shaklee Kuantan dan UPM
Nadia Majid
Id: 1068003
whatsapp:0199728071
email ceriavita@gmail.com
fb: www.facebook.com/ceriavitaku