Pages

Thursday, 18 December 2014

nak kaki cantik seperti SNSD?

Cara nak dapatkan "thigh gap"

Assalamualaikum semua,

 

BC nak tanya, kenal tak dengan Girls Generation (SNSD) ?

 

cara nak dapatkan kaki cantik seperti snsd
girls generation

 

BC minat betul dengan SNSD ni sebelum Jessica keluar. Lepas Jessica keluar terus dah tk berminat nak tenguk dan tahu perkembangan SNSD ni. Ok, BC tak nak cerita bab ni. Tapi BC nak cerita pasal kaki ahli SNSD yang cantik kurus dan ada thigh gap. Bila BC tenguk persembahan SNSD ni, apa yang menarik BC adalah kaki mereka. Cantik je tenguk walaupun mereka kurus tapi kaki mereka masih ada bentuk dan membuatkan BC nak sangat ada kaki macam tu. (walaupun BC ni terbantut tak boleh nak tinggi macam ahli SNSD tapi apa salahnya kalau BC rasa berkeyakinan dengan kaki macam tu kan. heheheheheh). Tapi kan macam mana nak kaki cantik seperti SNSD? kena buat pembedahan plastik ke? (yang ni jangan buat ye kita boleh usaha sendiri ) BC ni suka tau ambil tahu pasal cara nak kurus, cara nak cantik hehehehehehe.. memang minat ke arah tu. maklum lah masih bujang. masa ni la nak cari market.. hehehehehe. tapi kalau yang dah berkahwin pun kena la sentiasa menarik di mata suami baru rumah tangga bahagia aman dan sentosa. Banyak pulak BC berceloteh kan kali ni. Ok jom kita ke main topic.

 

Cara Nak Dapatkan Kaki yang Cantik seperti ahli SNSD

 

kalau yang tak pernah kenal SNSD, jom kita tenguk dulu persembahan dorang nak? hehehehheh.. rehat kan minda sekejab.

 

 

 

Mesti kita akan tertarik untuk tenguk kaki mereka yang panjang kurus dan cantik tu. betul tak? Sebenarnya kan ada cara untuk dapatkan kaki macam tu. Kalau kita fikir dengan berdiet kita akan dapat kaki yang cantik, jangan bermimpi la. sebab kalau kita kurus kaki kita takkan ada bentuk, yang ada hanya kaki yang umpama seperti tulang disaluti dengan kulit macam ni

 

 

thigh gap yang tak cantik

 

cantik ke macam ni? BC tenguk macam nak patah je kalau terjatuh ni. Jenis thigh gap yang macam ni kita tak nak sebab tak cantik dan takut tenguk (macam nak patah je kaki tu). 

 

Jadi cara yang nak dapatkan kaki yang cantik bukan dengan berdiet tetapi dengan exercise. betul. Ahli SNSD dapat kaki macam tu pun sebab daripada latihan menari mereka setiap hari. Setiap hari mereka berlatih tarian dan akhirnya dapat kaki yang cantik. 

 

Kaki yang cantik memerlukan sedikit bentuk. bentuk peha yang cantik terhasil apabila otot pada peha padat. (macam mna nak cakap ea. harap korang paham ea). Kita perempuan susah untuk berotot macam lelaki jadi jangan risau lah yang kaki kita akan jadi macam muscleman sebab bersenam. hehehehhehe. (kecuali jika kita ambil hormon lelaki kita akan jadi macam muscleman). Ok, BC akan tunjukkan macam mana ahli SNSD boleh dapat kaki yang cantik. Selamat menonton.

 

 

 

Jika anda rasa yang latihan mereka buat macam simple sangat lepas tu fikir macam ambil masa lama je nak dapat kaki yang cantik. Apa kata korang cuba cara yang ni pula.  dapatkan kaki yang cantik dengan mudah

 

Semoga kaki kita semua akan cantik seperti kaki SNSD =D

 

cara mudah untuk dapat kaki macam SNSD

2 comments:

Apa pandangan korang? kongsilah.. sharing is caring tau