Pages

Saturday 8 November 2014

Sihat tanpa ubat

Soal Jawab Sihat Tanpa Ubat

Assalamualaikum semua, entry kali ini adalah mengenai hidup sihat tanpa ubat. Siapa je yang taknak hidup sihat tanpa ubat kan. Kebiasaannya, orang takut ubat. nak makn punya lah payah. kata besar lah, kata warna ubat tu tak lalu nak telan la, kata tak sakit dah lah, macam-macam alasan sebab tak nak makan ubat ( saya la tu susah sangat makan ubat, itulah alasan-alasan yang saya biasa guna..hihihi ). tak nak makan ubat, boleh je. tapi tak boleh sakit lah, kalau sakit kena makan ubat. Macam Mana kita nak dapatkan hidup sihat tanpa ubat? haaa. yang tu la soal jawab saya nak buat dekat sini hari ini.

Soal jawab ini daripada penceramah makanan sihat Dr Lim Hin Fui. Dr Lim merupkan egawai penyelidik kanan di FRIM. Beliau memiliki ijazah falsafah kedoktoran dlam bidang antropologi sosia; dari UM. Di dalam soal jawab ini, beliau mengenai makanan sihat dan hubung kait makanan dengan penyakit

1) Adakah kesan ubat moden memberi kesan tidak baik kepada tubuh badan?

merujuk kepada beberapa kajian antarabangsa, kebanyakkan ubat-ubatan moden bersifat sintetik. Secara tidak langsung pengambiln ubat sintetik akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh manusia.Tetapi ini tidak membawa maksud bahawa ubat moden membahayakan kesihatan. Inti pati peting adalah cara pemakanan da gaya hidup sihat akan mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan moden.

2) Betulkah tubuh mempunyai keupayaan untuk sembuh sendiri?

terdapat 3 peringkat berlakunya penyakit. Yang pertama, ketidakseimbangan. Apabila ketidakseimbangan berlaku, tubuh manusia akan memberi tindak balas seperi merasa tidak selesa, demam, batuk, penat. Peringkat kedua pula, wujud terlalu banyak toksin dalam badan. tubuh akan berusaha kuat bagi menyingkirkan toksin dalam badan. Pada peringkat ketiga pula, berlaku sesuatu penyakit.

*jika seseorang mengubah tabiat permakanan apabila menyedari tanda-tanda pada peringkat pertama, makan penyakit itu boleh dielakkan.

3) Jika seseorang menghidapi penyakit kronik boleh kah sembuh tanpa ubat?

Konsep sihat tanpa ubat tidak membawa maksud anda tidak perlu mengambil sebarang ubat paabila menghidapi penyakit kronik. Bagi pesakit kronik anda memang tidak boleh berhenti daripad mengambil ubat yang telah diberi oleh doktor tetapi anda harus menukar tabiat pemakanan kepada pemakanan sihat.

*pesakit kronik perlu mengikut nasihat doktor.

4) Perlukah mencontohi konsep pemakanan masyarakat dahulu yang mana tidak bergantung kepada ubat?

jika dilihat, pemakanan masayarakat dahulu dan pemakanan masyarakat sekarang berbeza. Masyarakat dahulu makan daripada makanan yag berasaskan semulajadi seperti sayur tanpa sebarang bahan kimia.tetapi masyarakat sekarang lebih gemar makan makanan segera yang tidak segar dab berkhasiat. Pemakanan makanan segera adalah faktor bagi peringkat kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit

5) Bagaiman dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin?

Ramai dikalangan masyarakat yang mengambil makanan tambahan. Ia bagus untuk membantu dalam rutin pemakanan sihat. Pemilihan makanan tambahan adalah penting bagi memastikan apa yang diambil memberi manfaat kepada diri sendiri. Pastikan makanan tambahan itu berkualiti tinggi, terbukti keberkesanannya secara kajian saintifik dan di asaskan secara semulajadi. bagus ke supplement ni?