Pages

Tuesday 18 November 2014

Sihat dengan Buah-buahan

Buah-Buahan dan sihat


Assalamualaikum semua,

Kita semua sentiasa nak sihat. Siapa je nak sakitkan. Kalau nak kekal sihat kena la jaga kesihatan. Pelbagai cara boleh kita praktikkan untuk jaga kesihatan. Boleh amalkan gaya hidup sihat. Yang tu mestilah kalau gaya hidup kita sihat maka kita pun akan sihat juga kan. Kali ni saya nak kongsi pula mengenai sihat dengan buah-buahan. 

Seperti yang telah kita tahu, buah-buahan memang baik untuk kesihatan kita. Kalau makan banyak pun takkan kita tetap akan sihat. Tapi ada beberapa jenis buah yang boleh kita ambil dan makan setiap hari yang bagus untuk kesihatan diri kita seperti mana SIHAT DENGAN BUAH

Buah-buahan bukan sahaja ubat kesihatan semulajadi, malah khasiatnya melebihi daripada jangkaan. Menurut pakar diet klinikal, Pusat Kesihatan Gaya Hidup, Prince Court Medikal Center, Tan Yen Sing, sekiranya kita tahu khasiat makanan yang diambil, tidak perlu lagi risau tentang diet makanan


1) Anggur/kismis

 

- mengurangkan risiko kanser, strok dan penyakit jantung,

- mengurangkan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, 

- menjaga kesihatan kulit, mata kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menetang penyakit gusi

2) Oren

-menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian

- mengurangkan risiko pelbagai kanser

-antioksidan 

- mengawal tekanan darah


3) Epal

 -mencegah demensia

-meningkatkan berat badan

-mengurangkan kolesterl

- menentang kanser

-antioksidan


4) Pear

 

- antioksidan

-menjaga kesihatan kardiovaskular

- antiradang

-menjaga kesihatan jantung

- menyembuhkan luka dan lebam

- membaiki tisu

- menjaga kesihatan penglihatan

- menentang jangkitan

- menyokong transmisi saraf

-melawaskan perut


5) Pisang Kaki

 

- menjaga kesihatan penglihatan

- melegakan sembelit

- cirit-birit

-buasir

- antioksidan


6) Mangga


 -antikanser

- menjaga kesihatan penglihatan

- bantu penghadaman

- menjaga kesihatan kulit

- membantu membaiki kesihatan seksual

- menambah berat badan

- menguatkan daya ingatan

- bagus untuk anaemia

- mencegah selaran panas

7) Kiwi

 

- membantu mengatasi insomnia

- mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular

- membaiki penafasan kanak-kanak

- mencegah kerosakkn kulit akibat kanser kulit 

- menjaga kesihatan penglihatan, prostat dan kolon

 

8) Pisang


-antikemurungan

- antioksidan

- mengawal tekanan darah

- meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan

- meningkatkan tenaga

- menjaga kesihatan jantung

- mengurangkan risiko kanser

- menetang ulser peptik

- melegakan cirit-birit dan sembelit

Sumber: http://www.mbg.com.my/MBG/news-a-updates/news/593-sihat-dengan-buah-buahan.html