Pages

Saturday 15 November 2014

Penjagaan rambut

Penjagaan rambut untuk memastikan rambut sihat dan bersinar


Assalamualaikum semua,

Penjagaan rambut penting tau. Yelah siapa tak nak rambut yang cantik sihat dan menawan. Lelaki dan perempuan sama je. Dua-dua nak rambut yang cantikkan. Rambut yang cantik dan sihat tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Sekadar kita menjaga dan memastikan sebarang masalah rambut tidak muncul ok la. Ada pelbagai macam petua dan tip yang dikongsikan bersama. Setiap seorang ada penjagaan masing-masing mengikut gaya rambut masing-masing la kan. 

Rambut merupakan elemen yang penting bagi seseorang untuk menonjolkan imej sendiri. Penggayaan rambut yang tidak betul dengan cara yang pelbagai seperti mewarnakan rambut, membuat kerinting kepada rambut, menggunting rambut bahkan menyikat rambut juga akan menyebabkan kerosakan terhadap rambut kita.

Oleh itu, cara-cara yang memelihara rambut dengan betul adalah pengetahuan yang penting untuk semua orang bagi mengekalkan kesihatan rambut mereka. Rambut merupakan elemen pada badan kita yang susah dijaga kerana rambut yang telah tumbuh daripada kulit rambut kita merupakan elemen yang sudah mati.

Hal ini kerana tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka cara memanjangkan hayat bagi rambut agar rambut kelihatan sihat dan bersinar adalah sangat mustahil. Oleh itu, perkara yang boleh dilakukan untuk membolehkan rambut kelihatan sihat hanya dengan cara pemeliharaan dan penjagaan yang teliti.


Penjagaan rambut


1) Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari
 
Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai.

2)Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
Elak mengikat rambut ketika basah.

3) Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung.

4) Rehat Dulu
Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala “bernafas” terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering.

5) Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita

6) Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya.