Pages

Friday 14 November 2014

Panduan untuk memilih cermin mata

Pilih bentuk cermin mata bergantung dengan bentuk muka 

Assalamualaikum semua,

Siapa yang pakai cermin mata mesti teliti pasal bentuk cermin mata. Yelah perlu la pilih betul-betul. Nanti pelik pulak jadinya. Macam saya la. Pernah juga tersalah pilih cermin mata. Malu jugak la. Tapi nak buat macam mana kena la pakai sampai dah tak boleh dipakai. Sejak dari tu, terus kalau nak tukar cermin mata mesti tenguk dulu bentuk muka macam mana. sebab bentuk muka saya ni bergantung pada kegemukan pipi. hahahahaha.. boleh pulak. kalau masa pipi kurus jadi la muka bujur. Kalau masa pipi gemuk jadilah muka bulat. hahahah.. layan je la ok?



Gambar ini adalah gambar cermin mata sekarang. Tak tukar lagi. huhuhu. takpe2 nanti tukar ye. Nak

Jom kita tenguk bentuk apa yang sesuai untuk pelbagai jenis muka yang berbeza

Bulat (Round Face)

Muka yang berbentuk bulat mempunyai garisan lengkung di mana lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut....
Tindakan: Pilih bingkai yang menjadikan muka anda kelihatan lebih panjang dan lebih kurus.....
  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat...
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang....
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat....
Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.....
Oval/Bujur Sirih (Oval Face)
Muka berbentuk oval atau bujur sirih dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik....senang cerita muka cun la...heheheh....kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.....
Tindakan: Anda yang mempunyai bentuk muka ini hampir tiada masalah dalam memilih bentuk bingkai...untung sesiapa yang mempunyai bentuk muka bujur sirih ni.....
  • Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda....tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.....
Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau "jatuh" kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang
 
 
Yang ini adalah yang saya jadikan panduan semasa beli cermin mata. Cermin mata mencerminkan identiti dan style seseorang tau. Kalau cermin mata tak ekot trend sekali pun tetapi kita pandai menyesuaikan gaya cermin mata kita dengan trend semasa. pasti beryakinan tiggi punya la. Yakin dengan diri anda. tak kesah la orang lain nak kata kita buruk ke kita tak cantik ke kita macam-macam la . kita kena la yakin diri kita ni. aku tak ada lah buruk sangat. aku tak ada lah cantik dan tak ada la hodoh. macam tu la. yakin.. kalau orang duk kata jugak. biar lah, dia kan 'sempurna'