Pages

Sunday 23 November 2014

Apa gred kita dalam ibadat? 5A? 4A 1B?

Adakah 5A?

5A dalam Ibadat
Gred apa ibadat kita?

Assalamualaikum semua,

5A? 4A 1B? 3A 2B? 5E? yang mana satu kita punya? Bila fikir balikkan, dalam pelajaran semua matapelajaran kita nak A. kalau ambil 10 matapelajaran nak 10 A juga. yang itu adalah gred dalam pelajaran. Gred untuk ibadat kita? Adakah 5 A dalam ibadat yang kita lakukan setiap hari. Cuba anda fikir. Masyarakat sekarang sangat pandang pada pelajaran. Yang itu saya memang tak boleh nak kata apa lah. Sebab dengan pelajaran dan gred yang bagus akan menjamin masa depan. Tetapi macam mana gred ibadat kita? adakah 5A?

Kebanyakkan ibu bapa selalu berkata kepada anak-anak mereka," belajar sampai dapat semua A ye, nak". iye memang betul, ibu bapa mana nak anak mereka corot dalam pelajaran, semua orang nak anak mereka pandai, bangga kalau anak mereka dapat cemerlang dalam peperiksaan dalam pelajaran. Tetapi bagaimana pula cemerlang di Akhirat nanti? haaa..saya pun tersentap untuk sejenak bila terbaca semasa blogwalking tadi. Kita masyarakat sekarang lupa dn alpha mengenai akhirat kerana terlalu sibuk dunia. Jom kita didik anak-anak kita dari kecil supaya mereka cemerlang dalam pelajaran dengan memperolehi semua A dan cemerlang dalam ibadat dengan memperolehi 5A.

Tapi bagaimana nak menentukan gred dalam ibadat. Haaa, yang tu saya nak terangkan dekat bawah. Baca sampai habis tau. Dont skip-skip (hehehehe , broken )

 

Jom kita kenalpasti yang mana satu gred bagi ibadat kita seharian. Adakah 5 A? 

Gred E

Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.


Tersentap tak? ( saya tersentap )  Bukan kah yang ini kita selalu buat kan. bila dengar azan, boleh pulak tanya, " eh, da azan da ke?". Lepas da tanya tu, ye kot la nak pi ambil wuduk solat. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Buat tak tahu je sambung je kerja. Seeloknya kan, kita bila dengar azan berhenti sekejab, tinggal segala urusan. pergi menunaikan apa yang wajib. Kan itu lebih elok. Biar lah lagi satu perkataan pun nak taip tapi azan dan berkumandang, berhenti lah kejab satgi boleh sambung kan.

Adakah Kita nak dapat 5 E? Adakah 5A?


Gred D

Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.


Ok ke? tak ok jugak sebenarnya sebab kita masih lagi teruskan kerja kita tanpa bersedia pun nak solat. Kita perlahankan suara televisyen tetapi mata kita duk menghadap kat depan tv lagi.Kalau kita perlahankan suara pun, kita masih lagi fokus ke arah tu kan. bila azan habis pun tak sedar. Kalau dengar azan bukan ke kita patut menjawab azan itu.

Adakah kita nak dapat 5 D? Adakah 5A?


Gred C

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.


Haaa, kalau kita jumpa orang macam ni atau kita macam ni, mesti kita da rasa bagus da aku ni. Yela sebab bila dengar azan je terus pergi bersolat. Kalau kawa-kawan sekeliling kita yang macam ni pun, kita pun dah rasa, bagus betul dia ni. Solat terus tanpa berlenggah Solat diawal waktu lagi. TETAPI dia masih lagi dalam gred C. Siapa mau dapat C. Kita nak dapat A. 

Adakah kita nak dapat 5 C? Adakah 5A?


Gred B

Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.


Gred B adalah gred yang bagus jugak selain A. Tetapi dalam pelajaran kita kata paling kurang B la. Kalau boleh B+, nanti boleh minta tambah extra boleh dapat A-. Jadilah asalkan A. Kalau kita dekat situasi ni, nak ke dapat B je? mesti nak A kan. Jadi kena lah minta tambah. Nak tambah dengan apa? berubah menjadi seperti gred A. berusaha untuk mendapat gred A dalam ibadat.


Gred A

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.


Yang ni la gred A dalam ibadat. Nak tak dapat A? kalau nak kena berubah untuk jadi seperi ibadat gred A. tak rugi pun, malah beruntung sangat.

Kenapa?

Bila kita mendapat gred yang baik dalam ibadat, tak perlu risau semua perkara kita akan dapat gred yang baik.


Sekarang mesti kita nak dapat 5A kan. Tetapi cukupkah sekadar 5 A tu. tak nak minta extra marks ke? mesti nak kan.( memahami , paling suka extra marks )

Kenapa kita perlu kerja 5 A? sebab 5 adalah solat lima waktu kita, yang wajib untuk kita tunaikan bila masuk waktu (subuh, zuhur, asar, maghrib, isyak ). Kalau setiap 5 kali solat ini kita berusaha untuk dapat dapat gred A, in sha Allah akan dapat. Tapi tak nak extra marks ke? semestinya nak kan. extra marks melalui amalan sunat sepeti solat sunat pada waktu pagi. Kalau kita dah dapat 5A dalam ibadat wajib. bila melakukan amalan solat pasti gred kita tinggi sangat.

Tetapi kita kena ikhlas beribadat kerana Allah, bukan disebabkan pandangan masayarat. "aku kena buat macam gred A baru orang pandang aku " orang je pandang tapi Allah tak pandang. tak dapat gred pun. Kita sama-sama tingkatkan amalan kita supaya mendapat kecemerlangan di dunia dan akhirat.


tingkatkan ibadat
Solat lah kamu sebelum kamu disolatkan