Pages

Friday 7 November 2014

Petua menghilangkan jerawat dan jeragat

Cantik tanpa parut jerawat, jerawat dan jeragat.

Assalamualaikum semua,

Masalah Jerawat? tidakkkk!!!.. say no to it!! tetapi jerawat adalah normal dan setiap orang pastikan ada jerawat dimuka. Cuma yang berbezanya samaada teruk atau pun tidak teruk. Walaupun teruk ke tak teruk ke, jerawat tetap akan tinggalkan "hadiah" di muka kita. kita mesti tak nak pada parut tu kan. tak nak jerawat tak nak jugak parut. Saya memahami perkara ini. sebab saya pun macam tu. hehee. Sebab itu, saya berbesar hati ingi berkongsi petua menghilangkan jerawat dan parut dimuak. Senang je petua nya.]

 

Petua hilangkan jerawat

 

  1. Segengam pucuk jambu batu dikisar lumat (satu sudu besar dibancuh dengan sedikit air) atau 2sudu besar beras direndam 2 malam dikisar.ini lebih baik dari bancuhan tepung beras keran dikhuatiri keasliannya.
  2. Beberapa helai pucuk daun tanjung dikisar dengan pucuk bunga raya putih,sapukan dimuka dan biarkan hingga kering selepas itu bilas bersih.
  3. Ambil sebatang daun lidah buaya,bersihkan dan rebus dengan api yang perlahan sehingga lembik,keluarkan lendirnya sapukan pada jerawat sebelum tidur, Amalkan selalu.
  4. segengam daun inai dimasak bersama kacal dal yag direndam semalaman dengan api yang perlahan ,biarkan sejuk dan sapu dibahagian jerawat.



Petua hilangkan parut kesan jerawat

Parut berlekuk 

  1. Ambil satu biji timun, dibuang kulit kemudian kisarkan dan tapis airnya, ambil hampas tersebut yang telah dikisar tadi  dan tempelkan dimuka.
  2. Ambil 2 helai daun sireh muda dikisar dan ditempelkan di parut, tunggu sehingga kering dan bilas
  3. Ambil segengam daun pegaga bersama akar sekali dan kisar lumat, campurkan dengan tepung beras, kemudianlumurkan ditempat yang bermasalah dan biarkan semalam
  4. Ambil 1 kulit pisang emas,kisar halus kulit pisang tersebut campurkan bersama air perahan limau nipis,gaul lembut dan sapukan dimuka
  5. (dilakukan 1 KALI 2 MINGGU )
 
Parut berwarna :
  • 5 helai daun cekur, dikisar halus dicampur dengan 1 sudu makan penuh tepung beras, ratakan dibahagian parut,biarkan semalaman .(AMALKAN SELALU)
  • Ambil 1 kulit pisang emas bersama isi timun,kisar bahan tersebut dan sapukan dimuka
  • Ambil air suam campurkan bersama perahan air limau nipis dan cuci muka dengan menggunakan air tersebut