Pages

Sunday 12 October 2014

Menu DIET saya

Assalamaulaikum semua

Entry ini berkaitan menu diet saya. Saya kan tengah menjalani seperti entry saya semalam. jemput la baca entry ini. :)

untuk berdiet atau menurunkan berat badan, yang paling penting adalah senaman dan makanan seimbang. tak guna kita beria bersenam dari pagi sampai malam tapi tak mengamalkan makanan seimbang. Maaf ye, berdiet begini memang memang jangan harap la nak turun berat ye. makin tambah ada lah buat penat je bersenam tapi tak dapat apa yang dihajati malah bertambah gemuk. kenapa boleh bertambah gemuk bila bersenam tapi tak jaga makan.? apabila kita bersenam badan kita akan kehilangan lemak. bila lemak tak ada badan akan menstimulatekan ( teruk betul bahasa aku. sorry ye ) hormon untuk berasa lapar untuk mengganti kehilangan semasa senaman tadi. bila kita lapar kita akan terdorong untuk makan dengan banyak lebih daripada sebelum ni. dalam bahasa mudahnya, kita hilang 1 kg tpi kita dapat balik 3 kg. lebih kurang mcm tu la ye.

siapa nak macam itu? saya tak nak. i xnak makin gemuk i nak slim.;)..

saya sudah servey beberapa laman blog ade satu blog itu berkaitan makanan seimbang penting bagi sesiapa yang ingin menguruskan badan..

thanks to http://www.beratbadanku.com/menguruskan-badan.

dari web ini saya mendapat maklumat jika kita mengamalkan diet yang tidak seimbang tetapi bersenam badan kita akan menjadi lansing tetapi badan menjadi lemau dan lesu

makanan seimbang adalah makanan yang dapat mencukupi keperluan sehari tetapi pada kadar yang secukupnya.



saya ada satu menu yang memang untuk diet. disamping bersenam makanan seimbang harus di amalkan untuk tahap kesihatan yang baik. Yela mesti la kita nak cantik dan sihat kan. tak kan nak cantik tapi x sihat. last nanti jadi tak cantik sebab sakit,

thanks to http://www.wanista.com/diet-sihat-jadual-senaman-dan-pemakanan-selama-7-hari-untuk-menurunkan-berat-badan/

di web ini. die berkongsikan cara senaman dan pemakanan untuk kurus selama 7 hari. jika anda ingin parktikkan, boleh la ambil jadual pemakanan di atas.

kebiasaannya, jika kita ingin menurunkan berat badan mereka akan menyarankan kita untuk sentiasa makan. Hal ini kerana untuk mengelakkan badan kita dari berasa sangat lapar dan membuatkan kita mengambil makanan pada kadar yang berlebihan.

opsss. sebelum saya terlupa. bagaimana kita ingin mengetahui berapa jumlah kalori yang diperlukan untuk seseorang bagi menurunkan berat badan. cara kira jumlah kalori bagi menurunkan berat badan


pada saya, jika ingin menguruskan badan yang paling penting adalah displin. jika anda lakukan tanpa displin anda tidak akan dapat hasil yang inginkan malah anda mungkin akan semakin bertambah berat badan.

saya harap perkongsian ini dapat memberi sebanyak membantu anda dalam proses menguruskan badan ye. Ingat displin, makanan seimbang dan senaman yang konsisten

thanks uoll, see u again..