Pages

Monday 27 October 2014

Mencari Kebahagiaan Menurut Islam

Kebahagiaan yang diimpikan adalah kebahagiaan Dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Kaedah mencari bahagia menurut Al-Quran dan AS Sunah

1) Beriman dan beramal soleh

"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan."


- untuk mencari kebahagiaan kita hendaklah mendekatkan diri dengan Allah. setiap orang melakukan dosa, termasuk diri saya sendiri. Belum terlambat lagi untuk berubah dan pintu taubat sentiasa terbuka. Dekatkan diri dengan Allah, in sha Allah kebahagian dunia dan kebahagian akhirat dapat dikecapi.

2) Banyak mengingati Allah

“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

-Mengingati Allah dengan sentiasa berzikir mampu mengubat hati yang resah gelisah. Dengan zikir haati kita akan sentiasa tenang dan tenteram. Selalu lah amalkan zikir, Selain mendapat pahala dapat juga ketenangan jiwa.

 3) Bersandar pada Allah

"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

-bersandar pada Allah ialah yakin dengan Allah. sebagai contoh kita berdoa untuk kebahagian hidup kita.. kita kena yakin Allah akan memperkenankan doa kita. sama ada cepat atau lambat sahaja. Sesungguhnya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

4) Sentiasa berbuat baik

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

- Sentiasa berbuat baik dari segi percakapan, segi perbuatan seperti menolong orang,bersedekah.
 


Ini adalah serba sedikit perkongsiaan yang dapat saya lakukan. saya membaca ini di sebuah blog yang mana menceritakan Apa itu bahagia?

daripada pemahaman saya. kebahagiaan itu tidak datang dari harta benda, bukan dari pangkat dan bukan juga dari kelebihan seseorang itu. Kebahagiaan adalah subjektif.. Contohnya, Walaupun kita hidup susah tetapi family kita sentiasa bersama, bukan kah itu satu kebahagiaan?

Blog yang saya lawati berkaitan dengan makna bahagia, boleh klik di sini =D


Saya pengedar Shaklee yang sah

Nadia Majid

Id Shaklee: 1068003

No tel/Whatapps: 0199728071

Fb page: www.facebook.com/ceriavitaku

email: ceriavita@gmail.com